05 December 2012

Bosan

Bosan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera aku ucapkan setelah sekian lama aku tak muat naik update kemaskini cerita entri kisah kehidupan sekeliling aku. Waktu aku tulis entri ni skrang pukul 8.30 pagi bersamaan 22 Muharam 1434 Hijrah iaitu 6 Disember 2012. Bagi gempak sket!. Ni haa aku bagi buktinya.


Aku memang tengah bosan sekarang ni pasal offday (tak kerja) dan tak tahu nak buat apa, maka terhasil lah sebuah entri pendek yang bertajuk BOSAN. hehehe...


Jom kita layan lagu Saleem - Bila Orang Dah Benci.
Saleem - Bila Orang Dah Benci


Tak guna, korang nak tangkap feeling skarang ni, pasal Ustaz Azhar dah bagitahu pun kat kita semua yang berkapel "couple" berpasangan dengan perasaan cinta sebelum nikah la!, hukumnya haram dan berdosa, tapi asal korang tahu, mesti ade je yang beta lawan hujah ni sebab dengan alasan ia fitrah semulajadi manusia lah hak asasi lah. Memang betul pun, tapi sapo la kito ni yek. Hukum Allah jang dibuat main. Mungkin ada hikmah disebalik ini semua kenapa diharamkan bercinta sebelum nikah. Aku tanak komen lebih-lebih. Maiii tengok...



Ustaz Azhar Idrus Original - Haram Bercinta Sebelum Kahwin (Nikah)


Hehe ini la ustaz feymes famous yang terkenal dengan hujah ceramah beliau yang mudah difahami golongan muda zaman moden ni. Korang pun kenal kan?


Setulang Laut


Ni gambar dari bilik rumah sewa aku yang tak berapa nak sewa sangat lah pasal kompani company tempat aku bekerja ni dah selesaikan semua. Huhu. Memang bosan hidup merantau kalau takde geng 1 kepala ngan kita. Yela time aku keje, diorang off, time aku off, diorang lak keje. Bosan juga bila bosan cenggini kan. Bertambah tension stress tertekan pula bila bunyi kenderaan yang lalu lalang kat sini... herrgghhhh!!!
- Sape nak teman aku tumbuk skrin pc korang -
=)

28 July 2012

Pasal Kereta

Kenapa Wiraku?


Haa cakap pasal kereta memang korang mesti bosan ngan mamat kereta kan? Bukan ape la, cume nak bagitau ni klo korang pilih plug kereta biarlah yang original dan terbaik. Plug kereta yang aku pakai sebelum ni zzz then aku tukar pada plug BOSCH ni. Ade terasa jugaklah kelainan die.
1st nak habaq mai, sebelum aku tukar jadah ni, aku ade wat piping ekzos kereta aku bagi bunyi garang sket la kononnye dan dalam mase tu gak minyak kereta ngan prestasi kereta aku ade terkejut sket la. Minyak terkejut pasal bile dah tukar ekzos, sistem dalaman enjin berubah sket tahap kecekapan die. Tapi laju die xberape nak terkejut la cume naik 10kmh dari yang asal 160km/h ke 170km/h pasal ade tambahan kuasa kuda kat enjin, jadi minyak pun makan sedut lebih. Aku agak terkejut gak pasal duit aku pun cepat je hilang lesap habis, then aku try 1 persatu bahagian mane yang ade punce. Sistem brek aku tukar, yang bodoh2 je la aku tukar pun same gak. aku try test tukar plug sebab dah setahun tak tukar. Hahaha...  Bile aku g kedai cine sorang2 memang die xlayan pasal die tengok aku ni macam xlayak nak pakai kereta. puihh pegi jalan la... Aku cari plug,die offer plug Denso local dengan harga RM16. Aku de gak wat research pasal plug ni. Klo yang local setahu aku dalam harga RM20 ke RN30. Bile dah harga camtu aku jadi musykil nak beli. Aku tanye lagi yang original, dia offer la aku plug ni. Tanpe segan silu aku cube try test n memang betul la barang baik memang mahal harganye tapi buat jangka masa panjang dapat jimat duit poket korang. Haa mesti korang tertanye2 memang betul tu ape. Tryla. Plug ni memang salah satu komponen terpenting gak pasal tanpa plug, kereta tak boleh berfungsi. Wakaka... Sebenarnye ni la aku nak bagitau korang plug yang aku tukar ni memang ade rase perbezaan sket kat pickup enjin ngan pembakaran. Minyak kereta aku ade saving sket la. Rpm pun boleh tahan gak bile aku tekan pedal minyak dari gear 2 ke gear 3, dalam 3 saat, dh jejak 100km/h. xtawla klo ade kereta lagi power kan. Aku buat xtahu sudah. Harap maklum enjin ni standard je. Nak borak pasal enjin g tanye pomen. Tu je sekian...kekeke...

24 July 2012

Luahan Kecewa


Lokasi Yang Paling Banyak Kes Jenayah

Jodoh pertemuan antara utara dan selatan, akhirnya kita ditemukan di sini pada tahun 2010 yang ketika itu aku bekerja sebagai juruwang di Safeguard. Memang aku sendiri tak menyangka. Tapi masa tu kita belum rapat sebab tak kenal. Seharian juga aku terbayang wajah kau. Bak kata orang dari mata turun ke hati.


Buat pertama kalinya aku bertemu dengan kau pada 9/7/2012. Mesti agak pelik kan kenapa jarak pertemuan sangat panjang. Tak perlu la aku nak cerita sebab panjang kisahnya. Ini pun sekadar nak buat catatan kenangan lalu sebagai memori paling indah dalam hidup aku.
Malam, lampu kereta tak bukak, lagu klasik bermain sambil jalan sesak dan kata-kata kau yang jadi kenyataan kita sesat bersama di tengah bandaraya Kuala Lumpur yang mengerikan ini tambah lagi ada anjing yang melintas tiba-tiba. Aku merasakan diri kau sangat istimewa sebab aku tak pernah lagi bawak anak dara orang jalan-jalan naik kereta. Kita berborak panjang yang rasanya macam pendek sangat waktu itu. Walaupun masa singkat, tapi aku tak tahu apa yang aku borak sampai jam pun dah lewat malam. Senang hati aku bila kau ketawa dan senyum dihadapanku. Lupa segala masalah yang stresskan hidup aku. Tetapi sekarang...


Di mana dan dengan siapa lagi makhluk ciptaanya yang akan hadir dalam hidup aku untuk berkongsi mendengar luahan hati yang tak kesampaian ni..? Ya mungkin salah satu sebab kenapa aku menulis tentang perasaan ini hanyalah untuk menagih simpati yang hanya mimpi. Cukup indah masa yang aku lalui bersama kau walaupun tak sampai sehari dan kini hanya tinggal kenangan yang tak mungkin akan berulang kembali. Kenapa kau benci aku kerana sebab yang aku sendiri tiada niat nak lakukan? Kenapa kau pergi meninggalkan aku seorang diri ketika hati kecil ini mula menyayangi kau? Puas aku pujuk kau kembali, tetapi kau tak pernah nak pandang aku lagi. Berdosa sangatkah aku hanya sekadar memarahi kau kerana kau menipu aku? Aku marah kerana meminta perhatian dari kau dan bukan ingin kau jauhkan diri kau dari aku. Kau salah anggap. Kenapa mesti kau bagi alasan yang sangat menyakitkan hati aku? Aku bertambah keliru bila kau sedikitpun tak pernah ambil berat tentang aku, tapi kau cakap aku je yang rasa camtu sedangkan kau cakap memang kau selalu terfikir tentang aku. Kalau betul la kau sayang aku kenapa mesti kau lepaskan aku begitu saja? Persoalannya adakah kau betul-betul jujur dengan aku? Memang aku akui aku belum matang dengan tindakan aku mungkin kerana aku belum belajar apa itu memberikan kebebasan. Aku ni bercinta tak pandai, yang aku tahu hanya kongkong kau tapi aku dah pun beritahu kau lebih awal kalau ada apa-apa yang tak suka, silalah berterus terang dan kau hanya ikut cakap aku. Aku percaya kau dan itulah yang buat aku makin sayang pada kau. Sebenarnya kebebasan itulah yang selalu membuatkan hati ini tak senang. Aku buntu bila kau menghilang. Aku bukanlah manusia yang sangat tabah. Memang terasa sebak bila kau cakap aku ni sama macam lelaki tak guna. Aku tak pernah rasa nak lepaskan kau, mungkin percaturan hati aku ni yang dah tersilap langkah dan kau terus menganggap aku camtu. Jikalau masa boleh berpatah balik, alangkah bertuahnya hidup. Terima kasih atas pengalaman berharga ni. Aku akan sentiasa doakan kesejahteraan kau supaya berubah dari baik kepada lebih baik untuk bakal suami kau.


11 June 2012

Cuma minat je.

Tak salah kan kalau aku just minat je?


Ceteka siapa dia ni?? 



Ni plak siapa ye??

Gambar 1st kat atas tu dari movie The Cave of The Golden Rose. Boleh dikatakan jalan cerita agak merepek la. Time tu aku masih sekolah darjah 2 kot kalau tak silap la tahun 1998. Jarang-jarang miss citer ni kat tv2. Miss pun time mak aku suruh masuk tido esok nak sekolah. Tapi bestnye bila setiap pengembaraan tu jumpe batu boleh bercakap la, itik bercakap la, tumbuhan pun boleh cakap. Zaman bodek budak-budak dulu la hehe... Aku suka tengok citer tu sebab nak tengok heroin die jerr. Cantik lak...huhu... =)

Yang 2nd ni plak zaman kegemilangan perniagaan aku maju dalam tahun 2010 masa rakan seperniagaan aku ajak aku tgk wayang kat Square 1 Batu Pahat Johor. Tron Legacy, tengok gune spec 3D tuu... Mula-mula macam tak best & lagi bertambah mengarut, sekali heroin dia muncul daa... Tetibe je mcm excited sket. hahakk..Tapi papehal pun dua-dua movie kat atas ni mmg best. hehe...

( Best sebab heroin dia comel-comel belaka =D )
Perasan tak, macam same je muka diorang kan? Tapi aku takde makwe muke matured camni lagi...haha...


-Sekian-
Kurma@Tamar

Memperkenalkan inilah dia buah kurma atau tamar, lebih senang umum dikenali buah kurma. Apa keistimewaan buah kurma ni? Ni aku nak terangkan & kongsi dengan korang setakat yang aku kaji sebelum ni la. Bagi yang dah tahu tentang kebaikan buah kurma ni pun boleh la share pendapat ngan aku k.


Part yang selalu kita lihat & makan terus.



Ni plak buah kurma yang seakan-akan butir biji buah sawit yang tercerai dari tandannya.


Ni la dia asalnya buah kurma dari pokok sawit kurma la...

Dulu aku tak berapa suka makan buah kurma ni sebab kadang-kadang terlalu manis & kadang-kadang aku sendiri tak lalu makan. Tapi sekarang tidak lagi.

Dari Abu Hurairah R.A, katanya : "Rasulullah S.A.W itu tidak pernah mencela samasekali pada sesuatu makanan. Jikalau baginda S.A.W ingin pada makanan itu, baginda pun memakanya dan jikalau tidak menyukainya, maka beliau tinggalkan tanpa mengucapkan celaan padanya.".

Antara kebaikan buah kurma bila kita memakannya :
  • Mestilah hilang lapar.
  • Mengurangkan kesakitan dalaman badan.
  • Menambahkan kekuatan sistem imunisasi badan.
  • Merangsang daya ingatan.
  • Memudahkan proses bersalin bagi perempuan yang akan bergelar ibu ataupun telah bergelar ibu
  • Ubat bagi keracunan makanan.
Pohon kurma atau nama lain tamar, nama saintifiknya Phoenix Dactylifera yang seakan-akan pohon sawit sebenarnya memang dari keluarga pohon sawit. Sebab tu bila kita lihat pohon kurma ni mcm pohon sawit.

Kandungan buah kurma yang utama :
  1. Protein  ( Sesuai sebagai makanan tambahan untuk bina badan )
  2. Serat ( Untuk kulit lebih anjal )
  3. Zat besi ( Untuk pembentukan sel darah merah )
  4. Vitamin A ( Membantu pembentukan darah putih melawan jangkitan )
  5. Vitamin C ( Membantu penyerapan zat besi,mengurangkan racun atau kadar toksik dalam badan )
  6. Natrium ( Pengimbang bendalir badan melancarkan impuls saraf )
  7. Potassium ( Mengurangkan kekejangan otot )
  8. Glukosa ( Membantu mengembalikan tenaga serta merta )
  9. Dapat mensirnakan pengaruh sihir

Berapa kandungan peratus dalam buah kurma ni aku sikit pening nak baca, jadi aku sajikan point yang umum je lah. hehe... Seperti yang dinyatakan di atas, buah kurma ini banyak khasiatnya dan sesuai dimakan pada bila-bila masa. Tidak mengandungi gula dan tidak menjejaskan kesihatan malah buah kurma ini membantu menstabilkan mental dan fizikal badan.
Kebaikan kurma ini sahih dalam peristiwa Al Anbar dimana bekalan perang para sahabat oleh tentera Islam yang dipegang oleh Khalid ibn Al Walid yang kehabisan bekalan makanan sehingga mencatu beberapa biji buah kurma untuk menahan lapar akhirnya menemukan berita gembira.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang sedemikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa ( bersih hatinya )".

Tabah
- Contoh ketabahan dari perang pimpinan Khalid ibn Al Walid.

Wanita yang hamil
- Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa A.S? =)

Mohon tegur jika tersilap info.

11 April 2012

Luahanku Untuk Bakalku Jika Bertemu


Saya tak tahu bagaimana nak luahkan perasaan yang terpendam ni pada awak. Ianya sesuatu yang agak sukar untuk saya gambarkan kerana kita tak boleh melihat perasaan itu. Saya sangat pemalu orangnya melainkan ada diantara kita sebuah dinding yang boleh pisahkan kita. Saya tidak mudah mengalah, tetapi setiap kali kekalahan itu terlalu kerap, saya mudah putus asa dan menjadikan saya seorang yang pendiam dan suka berahsia. Mungkin awak tak tahu di sudut hati kecil ini, saya inginkan awak untuk menemani saya sepanjang masa. Apa yang saya tahu hanyalah berdiam diri dan tidak mampu nak berterus terang. Memang saya cakap, saya rela lepaskan awak. Tetapi pada hakikatnya saya tak nak kehilangan awak. Awak tak perasan itu. Bila saya banyak bertanya, saya harapkan kejujuran dari awak, bukan bermakna saya nak marah awak, tetapi hanya semata-mata untuk menambahkan keyakinan pada diri saya terhadap awak. Saya menangis dan berharap sangat awak datang untuk redakan kesedihan saya yang telah orang lain lakukan.


Mimpiku

Rasa Hatiku Yang Tidak Boleh Diselindung


Pertama kali aku terserempak dengan kau, ketika kau sedang berbual dengan rakanku. Waktu itu amat singkat bila aku hanya memerhatikan kau hanya sekali pandang, kerana kau juga sedang beredar dalam keadaan yang tergesa-gesa. Kau umpama mawar yang cantik. Ingin aku coretkan sedikit memori yang kadang-kala membuatkan aku tersenyum sendiri pada waktu ini.

Aku terpesona denganmu sampaikan aku meminta pertolongan dari kawan aku untuk meminta nombor telefon kau. Percaya atau tidak pandangan pertamaku pada kau betul-betul membingungkan aku. Ya! aku jatuh cinta pandang pertama, tetapi hasratku tidak sampai dan kenapa pula tidak sampai?

Sudah seminggu berlalu, dan bayangan wajahmu mula pudar kerana aku hanya menunggu jawapan dari rakanku. Tiba masanya, rakanku itu memberitahuku yang kau menolak permintaanku. Aku terasa agak pilu dan kecewa kerana apa yang aku harapkan itu hanya mimpi. Agak lama juga aku mencari seorang teman yang boleh mengisi masa lapangku, dan mengambil berat tentangku serta berkongsi apa saja denganku dan engkaulah orangnya di dalam mimpiku.

Sampailah suatu hari, aku mencari kau di FACEBOOK, kita berborak antara satu sama lain,aku begitu tertarik dengan kau kerana kau selalu buat aku tersenyum dan kadangkala kau juga seorang yang kelakar membuatkan aku terasa dekat dengan kau. Kita buat perhubungan di facebook, dan rakanku yang juga rakan kau itu mula menegur aku kerana aku semakin rapat dengan kau. Masa ni aku sendiri tidak tahu orang yang aku selalu berborak ini adalah orang yang sama pernah aku mimpikan dulu.

Akhirnya barulah rakanku itu berterus-terang, mawar yang selalu ku mimpikan itu, adalah kau, insan yang aku sendiri tidak menyangka orang yang cantik itu adalah orang yang sama. Aku sendiri tidak menyangka jodoh pertemuan yang bagi aku cukup menarik dan amat bermakna dalam hidup aku, kerana aku pernah putus asa dengan kau sebab tak beri respon kepada aku, dan rakanku pula memberitahuku hal yang sebenarnya, dia memang tak pernah nak sampaikan hasratku kepada kau mungkin sebab malas ataupun cemburu. Hehehe... Dan kau pula aku tanya benarkah kau menolak permintaanku masa itu? Kau tak tahu apa-apa dan memang sah lah dia ni tak beritahu kau tentang hasratku itu kerana kau sendiri tak dapat apa-apa berita dari dia.