09 November 2011

Serba Sedikit Tentang Al-quran


Info : satu ayat daripada kitab suci Al-Quran boleh ditafsir sehingga 7 makna berbeza mengikut kesesuaian pada tempatnya. Sehingga kini para ahli kitab arab masih belum dapat menafsir kesemua ayat Al-Quran dengan terperinci.

"Katakanlah (Wahai Muhammad) : 'Jika semua manusia dan jin akan datang bersama-sama untuk menghasilkan seperti Al-Quran, mereka tidak akan dapat menghasilkan seperti walaupun mereka dikenakan semua dan kekuatan mereka dalam membantu antara satu sama lain'."

(Al-'Isra' ayat : 88)


Seringkali kita selalu mendengar perdebatan mengenai agama dan hukum sesuatu perkara didalam Al-quran. Debat memang khayal best asyik bagi orang yang berdebat dengan "telinga yang panas" (marah). Dan kenapa Islam melarang berdebat adalah kerana debat boleh mengakibatkan kesesatan jika tiada ilmu dan permusuhan diakhirnya. Sedikit bukti tentang apa yang aku belajar ialah pendebat hanya mempunyai satu matlamat tersendiri iaitu ingin menang,dan perasaan itu akan disusuli riak dan bongkak jika kita menang. Apa pula kata anda? tanyalah ustaz.


Dari Abu Hurairah RA, Bahawasaya Nabi SAW bersabda : "Hentikanlah (menanyai)ku tentang apa yang aku abaikan untuk kamu. Sesungguhnya umat sebelum kamu telah binasa kerana mereka banyak bertanya dan mendebat para nabi mereka. Jika aku melarang kamu tentang sesuatu, maka hindarilah dan jika aku memerintahkan kamu terhadap sesuatu, maka lakukanlah semampu kamu".
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).


Dalam hadis ini juga, Rasulullah mengajarkan kepada kaum Muslimin supaya bertanyakan hal-hal yang penting sahaja. Sebab itu aku sentiasa berhati-hati dalam menyampaikan sesuatu, dan sedikit sebanyak harap kepada sesiapa yang selalu tunjuk pandai kat facebook atau mana-mana laman sosial supaya berfikir terlebih dahulu ataupun buat research kajian mengenai apa yang nak disampaikan. Debat juga tidaklah selamanya tercela bahkan suatu kebenaran itu tertunjuk melalui pintu perdebatan. Debat dengan cara yang baik adalah seiring dengan firman Allah yang bermaksud :


"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan debatlah mereka dengan cara yang baik".
(Surah An-Nahl ayat : 125)


Pegangan kita adalah Al-Quran dan dirujuk bersama Hadis. Jika ada seorang kafir memburukkan agama Islam,janganlah kita memakinya, sebaliknya berikanlah kuasa perkataan yang baik dan bersopan. Dan korang boleh selami seperti dalam kisah nabi di bawah ini yang aku copy salin untuk menganjalkan apa yang aku sampaikan.


"Diriwayatkan oleh Anas bin Malik: “Sedang kami berada dalam masjid bersama Rasulullah SAW, seorang Badwi datang dan duduk mencangkung membuang air kencing di dalam masjid. Sahabat berkata kepada lelaki Badwi itu: Berhenti! Berhenti!”


Namun Rasulullah SAW berkata: “Jangan ganggu dan biarkan dia sendiri.” Oleh demikian, mereka pun membiarkan saja lelaki itu selesai membuang air kencingnya. Kemudian Rasulullah SAW memanggil lelaki berkenaan dan berkata kepadanya: “Di dalam masjid tidak dibenarkan melakukan perkara seperti membuang air kencing atau membuat kerosakan kerana masjid tempat beribadat kepada Allah, tempat solat dan membaca al-Quran.” Kemudian Rasulullah SAW mengarahkan seorang lelaki supaya mengambil sebaldi air untuk membasuh kawasan tempat lelaki Badwi itu kencing."


Apa perasaan korang bila ditegur dengan cara yang baik bila kita silap?? Seringkali kita sendiri tersentuh hati dengan perlakuan itu. Jadi bila kafir Harbi itu berbuat demikian,beliau meminta maaf dan korang sendiri pasti tahu permulaan yang baik mesti akan diakhiri dengan yang baik juga InsyaAllah mudah-mudahan...
Bagi aku sangat berbahaya pada aqidah kita jika tersalah tafsir Al-Quran. Kita digalakkan bertanya pada yang berilmu untuk memastikan sesuatu yang khilaf(salah,silap). Jadi tidak hairanlah mengapa orang kafir selalu sangat menggunakan ayat Al-Quran untuk mencari silap kita. Ingatlah kita telahpun dijamin bahawa Al-Quran adalah kitab yang suci dan syumul(Sempurna). Berhati-hatilah dengan kaum kafir yang selalu memberikan kata-kata yang manis dan sopan kerana mereka sendiri telah tahu kebenaran Al-Quran. Wallahualam...




Yang baik datang dariNya yang buruk datang dari hambaNya. Harap ditegur jika ada salah dan silap.

24 September 2011

Ujian Hidup Itu Sakit Tak?

Assalamualaikum & selamat sejahtera. Dah lame tak update blog ni.pembaca pun kurang, tapi tak mengapa asalkan aku dapat kongsi semua trick2 rahsia err kebaikan untuk korang praktikkan. Sekarang ni pun dah 26 hari kita berpuasa di bulan ramadhan. Sayunya hati bila ramadhan tahun ini sudah pun hampir sampai ke penghujungnya. Apa yang aku nak kongsikan kat sini semuanya adalah tentang pengalaman aku. Sejak aku berkerja sebagai modem installer dari rumah ke rumah, macam-macam spesis binatang orang yang aku jumpa. Customer bangsa cina kebanyakannya baik berbanding customer sebangsa dengan aku. Mungkin korang mesti pernah dengar "cina tu kaya sebab buat bisnes menipu". Siapa yg cakap?? Mestilah bangsa Melayu.Tapi dari apa yang aku lihat, mereka (bangsa cina) tak seperti tu pun, bukan nak backup tapi aku nampak dengan mata aku sendiri duduk rumah pun boleh hidup senang (mean pakej dunia yg dipinjam la). Manakala melayu seperti yg kita lihat sangat berbeza. Suka dengki mendengki dan takde langsung semangat tolong menolong kecuali kalau bab2 gangster ni mmg no 1, kononnya dia paling kuat. Mati tak kenal usia, bila kita salah, komplain dia berjela2 panjangnya. ibarat nak beli kasut nike original dgn harga sama seperti kasut tak ori. Kesian pun ada.

Dalam menempuh pekerjaan baru ni jugalah, aku diuji pelbagai ujian yang aku sendiri kadang2 pening buntu nak selesaikan masalah. Sewa rumah,orang Melayu dah bising, then pastu lari balik dari KL ke Johor. Motorsikal pulak jem kt RnR pagoh, kereta pulak tak bayar lagi. Bil telefon tertunggak. Selang bape hari,ASB pulak mintak duit pinjaman. Ade lagi, Pintu kereta aku lak rosak plus pakej kena saman lagi ngn majlis parking kereta takde kupon & saman kt kedai aku lagi. Mungkin jikalau nak dibandingkan dengan lu anda dan anda masing-masing mempunyai ujian yg diterima.

22 July 2011

Cintaku Tak Berbalas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pada pembaca-pembaca sekalian. Dah lama rasanya tak download update entri-entri baru. Mungkin sebab aku tak update sebab bz bercinta bekerja kot. Entahlah tapi pape pun mmg topik cinta je tahun ni kerana aku masih berusaha mencari pasangan aku yg masih hilang.

Semua orang mesti pernah rasa saat cinta itu berputik (tak semua la sebab aku tahu ada juga yg memang belum pernah). Senyum seorang diri, mengigau disiang hari dan macam-macamlah perkara pelik dan kurang pelik akan berlaku saat itu.


Tidak aku nafikan indahnya dunia ini bila ada yg mencintai diri. Aku pilih lagu ni sebab ada 1 cerita antara aku dan dia. Biasanya aku kurang sket kalau bab2 layan lagu ni, tapi tah kenapa 1 melodi ni beralun untuk aku kenangkan peristiwa yg hanya tinggal kenangan. Dia baik, dia cantik, sempurna depan mata aku.

Boleh dikatakan setiap saat apabila dia menghubungi aku, aku selalu rasa bahagia. Zzzz faham-fahamla bila cinta tu berputik. Kita selalu lihat kadang-kadang ada sesetengah laman web atau poster-poster yg memaparkan ayat-ayat cinta kepada tuhan yg maha agung dan Muhammad S.A.W, tapi kenapa hati kita rasa lain berbanding kita bercinta dengan makhluk ciptaannya?

"Maha suci tuhan yang menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan diri mereka (manusia) mahupun dari apa yang tidak mereka ketahui".
(Surah Yaasin : 36)

Sebab kita akan berpasangan, dan semua dibumi berpasangan, dan pasangan yg aku maksudkan ialah pasangan hidup.


Tersurat : Errr Pasangan bahagia kottt...
Tersirat : Keagungan rasa yang telah diciptaNya dalam diri manusia
sekadar hiasan hehe...

"Dan diantara tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yg demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
(Surah Ar-Rum : 21)

Kenapa rasa sayang pada kekasih tu lain banyak dari sayang kat pencipta kita? Sebab setiap daripada kalam Allah mempunyai pelbagai maksud tersirat. Dari sini jugalah keimanan aku teruji bila aku melupakanNya saat cinta itu berputik. Subhannallah maha suci Allah yg menciptakan rasa ini untuk menguji keimanan hambanya. Aku tidaklah secekal mana yg anda korang lihat. Bila kita ada rasa gembira,sedih adalah pasangannya. Cakap pasal sedih, memang tu la mood aku sekarang ni. Memang sukar untuk menerima hakikat yg kita sendiri tidak inginkan. Kalau dah takdir kita begitu, sahutlah takdir itu dengan hati yg terbuka kerana takdir bukanlah alasan untuk berserah atau malas, akan tetapi aku tahu takdir boleh diubah kerana...

"Barangsiapa hatinya tebuka untuk berdoa, maka pintu-pintu rahmat akan dibukakan untuknya. Tidak ada permohonan yang lebih disenangi oleh Allah daripada permohonan orang yang meminta keselamatan. Sesungguhnya doa bermanfaat bagi sesuatu yang sedang terjadi dan yang belum terjadi. Dan tidak ada yang boleh menolak takdir kecuali doa, maka berpeganglah wahai hamba Allah kepada doa"
(Hadis Riwayat Imam Ahmad, At-Turmudzi dan Al-Hakim)


Tapi walau apapun berlaku rasa sayang itu tetap ada walaupun dia hanya menganggap aku kawan biasa. Susah juga nak lalui semua ni. Makan masa juga nk hilangkan ni. Ye la aku pun manusia biasa gak. Aku bersyukur sebab dalam masa yang singkat tu pun dia mampu membuat aku selalu tersenyum dan banyak mengajar aku erti bersabar. =)
Pujian aku hanya aku ikhlaskan untuk penciptanya iaitu tiada tuhan melainkan Allah.

05 May 2011

Apa itu cinta?


Cinta itu tak perlulah untuk aku sebutkan lagi kerana ramai yang sedia tahu apa itu cinta. Cinta lah yang boleh menyebabkan seorang yang pendiam mula berkata-kata begitu jugalah sebaliknya. Cinta juga lah yang membuat perasaan biasa menjadi luar biasa. Cinta jugalah yang membuat tawa menjadi linangan air mata. Aku manusia biasa, memang aku mempunyai sejarah cinta yang jahil dalam hidupku. Segala yang aku ada, dikongsikan bersama demi untuk memperbaiki cinta antara manusia.

Telah ditemukan aku dengan seorang hambaNya, kami mula rapat. Kami keluar bersama, makan bersama, bertentangan mata yang menyebabkan dosaku kian bertambah. Memang telah ditetapkan batasan dalam bercinta, tetapi sejauh mana kita mampu menghindari dosa ini? Bukan niatku untuk menyalahkan sesiapa.

Sebenarnya aku sendiri masih mencari makna cinta pada tempatnya. Jikalau aku manusia yang sempurna, tidak akan aku sekali-kali melanggar perintahNya. Aku akan menjaga segala tatatertibku untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Ujian menimpa diriku, perpisahan itu terjadi bila ada pertemuan. Sakit hati ini aku tujukan pada dia(temanku) yang meninggalkan ku. Segala salah dan silap aku tujukan pada hambaNya itu. Memang sewaktu aku senang hati, aku tidak ingat. Aku lupa, bahawasanya Dialah Tuhan yang maha esa yang menghadirkan seorang teman dalam hidupku untuk membimbingku serta mengujiku. Tetapi aku lalai dan aku terlepas satu manfaat yang Engkau datangkan dalam diri hambamu ini. Kini baru ku sedar selama ini aku yang melupakan dirimu ya Allah dan kekasihMu nabi Muhammad S.A.W.


Perbandingan cinta manusia baatil(tidak betul) dan cinta manusia beriman.



Menangiskah anda ketika mengetahui betapa cintanya kekasih Allah nabi Muhammad S.A.W kepada kita umatnya akhir zaman sehingga akhir hayatnya? Hebat sangatkah kita nak melawan takdir? Siapa kita? Siapa diri kita untuk mendapatkan segalanya yang hanya milik Allah yang dipinjamkan pada kita? Cinta ibu, cinta ayah kepada kita semasa kita kecil. Bangunlah, sahutlah seruan Allah. 
Semoga apa yg aku sampaikan ini pun dapat membantu menasihati diriku. Maaf jikalau ada salah dan silap. harap sesama kita saling perbetulkan. Amin...

03 May 2011

Isu Negara dan...

Assalamualaikum pada muslim reader semua & tak taw lah jikalau ada pembaca non-muslim selamat sejahtera ye. Lama dah aku tak muat naik buat entri baru. Hmm... Bulan April dan Mei ni pun dah macam-macam perkara yang berlaku di sekeliling aku. Bila sebut sahaja pasal isu negara, macam biasalah, minyak naik, pendatang haram buat hal, jenayah sana-sini, rempit-rempitan dan macam-macam yang berlaku. Tapi seolah-olah tindakan yang di ambil tu macam tiada keberkesanan. Aku sebagai rakyat biasa tu macam-macam la boleh komplain. Benda yang aku respek bila baru-baru ini makin banyak ramai pihak polis buat rondaan dan sekatan jalan raya.

Inilah yang dikatakan salah satu langkah pencegahan & aku respek kalau para pihak polis bertugas tanpa meluahkan rasa penat lelah dan ikhlas dalam menjalankan kerja.

TETAPI...
Yang tersurat : Sekatan jenjalan raya yang ligat aktif giat sekarang




Yang Tersirat : Apo Nie??!!!

Bagaimana pula langkah untuk pencegahan yang ini? Aku akui memang rakyat biasa tidak mampu untuk melawan mereka. Kalau ada pun mungkin 10% je.
Aku memang benci polis (tidak semua) atas sebab-sebab yang tertentu. Contohnya menahan orang yang tak bersalah tanpa memberikan kata sapaan yang sopan (datang-datang je terus komen muka ko ni macam mat gian la rambut panjang atau bak sini ic ko). Ingat ko polis, ko bagus ke?!. Memang ada yang berlagak bagus. Ada yang makan rasuah. So tak hairan juga pihak polis yang benci budak yang naik motor kerana di mata mereka (tidak semua) yang poyo itu, penunggang motorsikal terutama muda-mudi adalah mat rempit. Aku pun tak faham lah apa masalah ni. Memang lah tugas polis memeriksa orang yang mencurigakan, tapi tak patut la pilih bulu. Apapun aku cuma respek pihak polis yang benar sahaja.


Tak lekang juga kes Dato Seri Anwar Ibrahim yang kononnya difitnah atau memang difitnah. Berdasarkan pemerhatian aku la memang beliau difitnah. Pendapat masing-masing, nilailah sendiri bagaimana kerajaan memaksa beliau bersumpah. Tapi yang hadir hanya Dato Eskay yang tak tawlah nak mention apa.

Yang Tersurat : Dato Eskay BERSUMPAH
Yang Tersirat : Betul ke bersumpah pegang kitab suci Al-Quran?

Timbul isu bid'ah dimana bersumpah dengan memegang Al-Quran. Sebenarnya tak perlu, sebab Al-Quran untuk dibaca dan ditafsir. Mana suara-suara ulama kt tv takde pun. Macam tenggelam. Kalau ada pun dekat internet, atau mungkin aku kurang update kot. haha... Macam mana lah kaum-kaum pelapis nak minat kat politik ni. Asyik masalah fitnah, tak buat kerja, fitnah bla bla bla. Bila buat kajian pun kes-kes macam ni je yang tangga teratas. Macam mana dengan rakyat?. Minyak lagi naik harga. Pening betul.


Yang Tersurat : Tuan Guru Nik Aziz Bin Nik Mat mengadakan solat Istisqa memohon hujan (Sumber Facebook)
Yang Tersirat : Kebaikan solat yang mengajar umat manusia supaya tidak lupa diri. Tengok awan mendung tu. Sejuk hati ini.

Apa-apa pun yang berlaku semua ini adalah dengan izin Allah.
Kun fayakun (maka jadilah)  (Surah Yassiin : Ayat 82). Mungkin ada hikmah disebalik semua kejadian ini kerana...

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya. (Surah Al-Hujuraat : Ayat 13)

Info : satu ayat daripada kitab suci Al-Quran boleh ditafsir sehingga 7 makna berbeza mengikut kesesuaian pada tempatnya. Sehingga kini para ahli kitab arab masih belum dapat menafsir kesemua ayat Al-Quran dengan terperinci.

Yang baik datang dariNya yang buruk datang dari hambaNya. Harap ditegur jika ada salah dan silap.

19 March 2011

Kullunafsin zai'qotul maut

Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan dan mengalami kematian.
Allah berfirman:
"Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan kematian, kemudian
kepada Kami engkau akan kembali". (Al-Ankabut, ayat 57)


Saat ku menulis entri ini kerana ada hikmahnya untuk aku kongsikan kepada semua pembaca. Waktu sekarang pada pukul 1.34am 20/3/2011 yang berlaku sebentar tadi, dan kebetulan esok adalah harinya. Seorang anak jiran kepada keluargaku telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Takziah kepada keluarganya yang tabah menerima dugaanNya.


Aku hampir menangis mengenangkan insan kecil yang selalu mengayuh basikal sambil tersenyum dan kadang kala memandangku dalam perasaan takut. Insan kecil itu sebenarnya adalah insan sindrom down, dan kadang kala aku sering terfikir bagaimana dia membesar jika tanpa jagaan kedua ibu bapanya. Sebuah keluarga yang agak daif, dan ayahnya sering bertungkus lumus untuk mencari rezeki demi anaknya itu. Alhamdulillah, Allah lebih menyayangi insan kecil itu. 


Info
-Insan kaum hawa yang kecil badannya
-berambut lurus paras leher
-periang dan selalu bermain di hadapan rumahnya
-sindrom down yang tiada ubatnya
-AHLI SYURGA




Lahirnya kamu tiada dipinta,
Ikhlasnya kasih tiada terhingga,
Kamulah insan terpilih, penghuni syurga,
Semoga keluargamu juga terpelihara.


Kepada pembaca semua semoga kamu semua bersyukur atas apa yang dikurniakan kepadamu dariNya. Sesungguhnya kita manusia biasa yang sering alpa, selalu melakukan kesilapan. Akan tetapi, ingatlah mati kerana sesungguhnya mengingati mati itu akan melemahkan segala tipuan syaitan yang direjam. Ya Allah, jikalau sudah sampai ajalku, matikanlah aku dalam keadaan yang beriman kepadamu Ya Allah. Berkatilah hidup hambamu yang masih hidup ini supaya tidak jahil. Kurniakanlah nur dan rahmat ke atas hambamu ini. Amin...


Dan mereka mengatakan. 
"Kami dengar dan taat. Ya Tuhan kami, ampunilah kami, dan kepada Engkaulah tempat kami kembali." 

Setelah mereka mengamalkan ayat itu, maka Allah menaskah ayat tadi dengan ayat,
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala dari (kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. 
(Mereka berdoa),
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau khilaf"
(Al-Baqarah, ayat 284-286)

Renungkanlah...

Al-Fatihah...

16 March 2011

Minda membawa erti lain

THE MEANING OF UNDER CONSTRUCTION

Tersurat               = Under Construction

Tersirat                = UC = you see = anda nampak?

Kesimpulan          =

Membaca tanpa menggunakan minda boleh berlakunya salah faham. Saya tak cakap membaca menggunakan mata kerana ada juga orang buta membaca menggunakan tangan jari untuk membaca tulisan braille.


Kepada anak-anak muda yang tak tahu apa itu braille, inilah dia tulisan braille untuk orang buta.

Jadi, hati-hati lah ketika menulis dan memberi kenyataan yang nak diluah atau dikongsikan sebab kalau bercerita tanpa mengetahui kesahihan berita atau entri itu dikira fitnah dan menyesatkan. Jadi apa-apa kandungan entri yang aku bawa ini nilailah dahulu sebelum menyokong atau mempercayai sebarang patah perkataan. Buat penilaian, cari perbandingan atau bukti yang menyokong info-info berita-berita yang disampaikan ini. Sekian =)

Pengajaran
Syukurilah nikmat yang telah dianugerahiNya. 

03 February 2011

Kenapa ek?



Aku selalu sangat diperbodohkan, diperlekehkan, dipersendakan, dipermainkan. Pada makhluk mana untuk aku bercakap, berkongsi, bermesra dan meluahkan segala? Siapa awak? Kat mana awak berada sekarang..? Saya dah lama menunggu awak untuk berkata dan bersua di depan mata saya. Kenapa saya masih tak jumpa awak lagi? Kenapa buat saya menungu terlalu lama? Saya sedih awak tak muncul-muncul untuk teman saya hadapi hidup ini. Keluar la dari mimpi saya dan kuatkan langkah saya. Saya tak ada kawan yang betul-betul boleh kongsi masalah hidup saya ni. Saya tak nak sorang-sorang, puas saya cari awak, tapi salah orang. Saya malu, saya sedih, saya cemburu.


02 February 2011

Bila nak pulihkan semangat

Semua orang tak sempurna dan mempunyai kelemahan. Dari kelemahan, itulah kelebihan, tetapi tak ramai yang nampak apa yg tersirat berbanding tersurat kecuali orang buta yang kebanyakannya nampak tersirat berbanding tersurat. Apakah benar kelemahan itu sebenarnya satu kelebihan? Nak baiki diri sendiri pun bukan senang. Aku masih tertanya-tanya apakah kekurangan aku, dan aku masih tak tahu apa kelebihanku. Bila lama aku pendam makin pedih aku rasa, harap-harap bila aku dapat share sikit kat sini, akan ada orang support aku beri semangat kat aku. Sesetengah dari korang mesti ada yg terasa kan bila ada orang suruh korang sabar dengan hanya sekadar bercakap, korang mesti akan anggap "cakap senang la, cuba ko kena!". Ermm.. Nak jadi matang, kena la terima teguran dengan matang. Apa pendapat korang? Setiap teguran memang menyakitkan. Lain individu, lain caranya, yang sama hanya yang bernama manusia yg dicipta oleh tuhan semua adalah sama. Bezanya pada amalan. Kita pun tak boleh nak judge diri sendiri sebab orang yg lihat perlakuan kita. Ada juga yg bercakap tu pun lagi teruk. Nak buat camne klo yang dah bercakap pula tak guna akal, takkan nak lawan. Perkara terbaik ialah diam sambil mengucap 2 kalimah dan beristigfar sebentar dan renungkan apa tindakan yang terbaik. Ingat mati, terjagalah perlakuanmu InsyaAllah lahir rasa berpantang maut sebelum ajal, kerana setiap yang dicipta adalah yang terbaik buat hambaNya. Tuhan tidak pernah sekali menyeksa hambaNya melainkan hambaNya sendiri yang menyeksa dirinya sendiri.

Kenapa mesti ada perasaan benci? aku sedih sangat bila ada orang benci aku tapi tak bagitahu sebab. Hati susah nak dirungkai bila ada macam-macam perasaan yang bercampur. Nak selami hati yang terluka perlu banyak menggunakan mata hati dan akal. Nak baiki hati yang terluka pun perlu ada perkara yang sama. Erkk kusut...(3.50 pm, 3 feb 11) continues...

01 February 2011

Bila terasa nak bercuti

Trip To Gunung Ledang Johor
 Feat Amin

 Feat Riduan

Feat Ijat & Wawan

 Feat Aku & as mention above (semak)

Bile semua mengidam nak pegi Langkawi

Mencari seberape ilmu yang boleh. hAhahA...


__________________________________________________________________________________


Trip To Bekok Johor
Pabila sampai di destinasi,
Dia bergambar,
Dan kami juga bergambar,
Lalu,bergambar sambil mandi,
Di lautan sungai yg sungguh sejuk,
Aku tak amek port lalu meneruskan pengajian ku dalam bidang sarjana muda berenang-renang di tepian air.

__________________________________________________________________________________


Trip To Port Dickson Negeri Sembilan
 Time kat dalam kereta camni la rutin harian meraka yang menumpang,korang pun mesti lebih kurang je ek. Haha...

Aku nak cari sudut terbaik untuk ambil gambar dari jarak jauh,so ini je la yg ku mampu.
 Ayah (Pakcik aku) dia pun nak try gak..

 Ni dh kat Nilai, agak berfangsyen bagi golongan ibubapa.

 Asyik diorang je ade gamba, aku pun nak jugak.

 Time ni tengah tak pro sbb takut kamera masuk pasir.

Di malam yg hening lgi sejuk. Aktiviti mencari ketam berlaku di depan mereka malas nk upload. 

My family sebelah ibu. Ade lagi yg tak ikut. 

Pak usu aku yg gila kereta.

__________________________________________________________________________________


Trip To Lake Town Resort Perak
Time kat Lake town yang sungguh membosankan sebab takde member.

 Bila aku dh sampai Teluk Batik, Baju lak tak bawak. Adehh..

 Kalau yg pernah pergi kat Teluk Batik ni mesti akan rasa tertipu sebab kerusi yg aku duduk ni ade cukai RM2 skali duduk then terpaksa la duduk je.

 Angin tengah kencang,org yg kt pantai sume naik selamatkan diri,aku mengambil kesempatan ini untuk bergambar dikala angin sepoi-sepoi bahasa.

My cousin Danial. 

 Gengster ark aku?

 Kat tepi sbelah kanan ade model shoot gmbar untuk majalah Apo. Kat sini gak la aku berlagak satu geng ngn dato yg bwk motor superbike dan kawanannya.

Pabila malam menjelma aku lepak lgi di Lake Town,aku nk ambil gambar ngn makcik sebelah tu tapi die xnak sebab aku hensem sangat. 



Muzium mane tah lupe... Kat Perak gak.

__________________________________________________________________________________


Trip To Langkawi Pulau Pinang
Banyak-banyak trip,kat sini la paling best sebab aku dpt naik kereta kebal or kabel? haha.. Tinggi kot... Tapi ni dh lame masa aku tahun 2006 la.


__________________________________________________________________________________


Trip To Kedah
Member aku ajak g Kedah,kat mane aku lupe lak. Tapi time tu best gak sbb dpt tgk bendang sawah live depan mata.

__________________________________________________________________________________


Trip To Tanjung Balai Indonesia
Time ni aku g kat belakang bot untuk hisap rokok senyap-senyap sebab takde lesen, konon nak eksyen mcm naik bot mewah. hehe..

Aku lupa lak name member aku kat blakang ni,dah lama tak nampak beliau. Ni mase aku kt dalam kedai cewek lawa. haha... berapa? 5 rupiah... 


Masa aku tgh bosan kat Indon. Aku gaduh ngn ex-gf aku.

Pantai tempat mereka agak menyeramkan aku sebab takde org mandi kat sini. Pantai mane tah. Dah penat. Nanti aku share lagi trip yg baru-baru.