19 March 2011

Kullunafsin zai'qotul maut

Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan dan mengalami kematian.
Allah berfirman:
"Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan kematian, kemudian
kepada Kami engkau akan kembali". (Al-Ankabut, ayat 57)


Saat ku menulis entri ini kerana ada hikmahnya untuk aku kongsikan kepada semua pembaca. Waktu sekarang pada pukul 1.34am 20/3/2011 yang berlaku sebentar tadi, dan kebetulan esok adalah harinya. Seorang anak jiran kepada keluargaku telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Takziah kepada keluarganya yang tabah menerima dugaanNya.


Aku hampir menangis mengenangkan insan kecil yang selalu mengayuh basikal sambil tersenyum dan kadang kala memandangku dalam perasaan takut. Insan kecil itu sebenarnya adalah insan sindrom down, dan kadang kala aku sering terfikir bagaimana dia membesar jika tanpa jagaan kedua ibu bapanya. Sebuah keluarga yang agak daif, dan ayahnya sering bertungkus lumus untuk mencari rezeki demi anaknya itu. Alhamdulillah, Allah lebih menyayangi insan kecil itu. 


Info
-Insan kaum hawa yang kecil badannya
-berambut lurus paras leher
-periang dan selalu bermain di hadapan rumahnya
-sindrom down yang tiada ubatnya
-AHLI SYURGA




Lahirnya kamu tiada dipinta,
Ikhlasnya kasih tiada terhingga,
Kamulah insan terpilih, penghuni syurga,
Semoga keluargamu juga terpelihara.


Kepada pembaca semua semoga kamu semua bersyukur atas apa yang dikurniakan kepadamu dariNya. Sesungguhnya kita manusia biasa yang sering alpa, selalu melakukan kesilapan. Akan tetapi, ingatlah mati kerana sesungguhnya mengingati mati itu akan melemahkan segala tipuan syaitan yang direjam. Ya Allah, jikalau sudah sampai ajalku, matikanlah aku dalam keadaan yang beriman kepadamu Ya Allah. Berkatilah hidup hambamu yang masih hidup ini supaya tidak jahil. Kurniakanlah nur dan rahmat ke atas hambamu ini. Amin...


Dan mereka mengatakan. 
"Kami dengar dan taat. Ya Tuhan kami, ampunilah kami, dan kepada Engkaulah tempat kami kembali." 

Setelah mereka mengamalkan ayat itu, maka Allah menaskah ayat tadi dengan ayat,
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala dari (kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. 
(Mereka berdoa),
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau khilaf"
(Al-Baqarah, ayat 284-286)

Renungkanlah...

Al-Fatihah...

16 March 2011

Minda membawa erti lain

THE MEANING OF UNDER CONSTRUCTION

Tersurat               = Under Construction

Tersirat                = UC = you see = anda nampak?

Kesimpulan          =

Membaca tanpa menggunakan minda boleh berlakunya salah faham. Saya tak cakap membaca menggunakan mata kerana ada juga orang buta membaca menggunakan tangan jari untuk membaca tulisan braille.


Kepada anak-anak muda yang tak tahu apa itu braille, inilah dia tulisan braille untuk orang buta.

Jadi, hati-hati lah ketika menulis dan memberi kenyataan yang nak diluah atau dikongsikan sebab kalau bercerita tanpa mengetahui kesahihan berita atau entri itu dikira fitnah dan menyesatkan. Jadi apa-apa kandungan entri yang aku bawa ini nilailah dahulu sebelum menyokong atau mempercayai sebarang patah perkataan. Buat penilaian, cari perbandingan atau bukti yang menyokong info-info berita-berita yang disampaikan ini. Sekian =)

Pengajaran
Syukurilah nikmat yang telah dianugerahiNya.