09 November 2011

Serba Sedikit Tentang Al-quran


Info : satu ayat daripada kitab suci Al-Quran boleh ditafsir sehingga 7 makna berbeza mengikut kesesuaian pada tempatnya. Sehingga kini para ahli kitab arab masih belum dapat menafsir kesemua ayat Al-Quran dengan terperinci.

"Katakanlah (Wahai Muhammad) : 'Jika semua manusia dan jin akan datang bersama-sama untuk menghasilkan seperti Al-Quran, mereka tidak akan dapat menghasilkan seperti walaupun mereka dikenakan semua dan kekuatan mereka dalam membantu antara satu sama lain'."

(Al-'Isra' ayat : 88)


Seringkali kita selalu mendengar perdebatan mengenai agama dan hukum sesuatu perkara didalam Al-quran. Debat memang khayal best asyik bagi orang yang berdebat dengan "telinga yang panas" (marah). Dan kenapa Islam melarang berdebat adalah kerana debat boleh mengakibatkan kesesatan jika tiada ilmu dan permusuhan diakhirnya. Sedikit bukti tentang apa yang aku belajar ialah pendebat hanya mempunyai satu matlamat tersendiri iaitu ingin menang,dan perasaan itu akan disusuli riak dan bongkak jika kita menang. Apa pula kata anda? tanyalah ustaz.


Dari Abu Hurairah RA, Bahawasaya Nabi SAW bersabda : "Hentikanlah (menanyai)ku tentang apa yang aku abaikan untuk kamu. Sesungguhnya umat sebelum kamu telah binasa kerana mereka banyak bertanya dan mendebat para nabi mereka. Jika aku melarang kamu tentang sesuatu, maka hindarilah dan jika aku memerintahkan kamu terhadap sesuatu, maka lakukanlah semampu kamu".
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).


Dalam hadis ini juga, Rasulullah mengajarkan kepada kaum Muslimin supaya bertanyakan hal-hal yang penting sahaja. Sebab itu aku sentiasa berhati-hati dalam menyampaikan sesuatu, dan sedikit sebanyak harap kepada sesiapa yang selalu tunjuk pandai kat facebook atau mana-mana laman sosial supaya berfikir terlebih dahulu ataupun buat research kajian mengenai apa yang nak disampaikan. Debat juga tidaklah selamanya tercela bahkan suatu kebenaran itu tertunjuk melalui pintu perdebatan. Debat dengan cara yang baik adalah seiring dengan firman Allah yang bermaksud :


"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan debatlah mereka dengan cara yang baik".
(Surah An-Nahl ayat : 125)


Pegangan kita adalah Al-Quran dan dirujuk bersama Hadis. Jika ada seorang kafir memburukkan agama Islam,janganlah kita memakinya, sebaliknya berikanlah kuasa perkataan yang baik dan bersopan. Dan korang boleh selami seperti dalam kisah nabi di bawah ini yang aku copy salin untuk menganjalkan apa yang aku sampaikan.


"Diriwayatkan oleh Anas bin Malik: “Sedang kami berada dalam masjid bersama Rasulullah SAW, seorang Badwi datang dan duduk mencangkung membuang air kencing di dalam masjid. Sahabat berkata kepada lelaki Badwi itu: Berhenti! Berhenti!”


Namun Rasulullah SAW berkata: “Jangan ganggu dan biarkan dia sendiri.” Oleh demikian, mereka pun membiarkan saja lelaki itu selesai membuang air kencingnya. Kemudian Rasulullah SAW memanggil lelaki berkenaan dan berkata kepadanya: “Di dalam masjid tidak dibenarkan melakukan perkara seperti membuang air kencing atau membuat kerosakan kerana masjid tempat beribadat kepada Allah, tempat solat dan membaca al-Quran.” Kemudian Rasulullah SAW mengarahkan seorang lelaki supaya mengambil sebaldi air untuk membasuh kawasan tempat lelaki Badwi itu kencing."


Apa perasaan korang bila ditegur dengan cara yang baik bila kita silap?? Seringkali kita sendiri tersentuh hati dengan perlakuan itu. Jadi bila kafir Harbi itu berbuat demikian,beliau meminta maaf dan korang sendiri pasti tahu permulaan yang baik mesti akan diakhiri dengan yang baik juga InsyaAllah mudah-mudahan...
Bagi aku sangat berbahaya pada aqidah kita jika tersalah tafsir Al-Quran. Kita digalakkan bertanya pada yang berilmu untuk memastikan sesuatu yang khilaf(salah,silap). Jadi tidak hairanlah mengapa orang kafir selalu sangat menggunakan ayat Al-Quran untuk mencari silap kita. Ingatlah kita telahpun dijamin bahawa Al-Quran adalah kitab yang suci dan syumul(Sempurna). Berhati-hatilah dengan kaum kafir yang selalu memberikan kata-kata yang manis dan sopan kerana mereka sendiri telah tahu kebenaran Al-Quran. Wallahualam...




Yang baik datang dariNya yang buruk datang dari hambaNya. Harap ditegur jika ada salah dan silap.