10 January 2012

Terlupa pula.


2011~2012

Selamat sejahtera kepada pembaca semua! =) Sebelum aku terlupa, 2011 dah pun kena seal tinggal buat selamanya. Mesti banyak memori yang korang tak boleh lupa kan? Bercuti, berkelah, kena buli, angau, jatuh cinta, buat dosa, buat pahala dsb. Tapi kat sini aku nk list top 10 kisah-kisah dunia yang aku rasa top la. Hehehe. Sekadar hiburan sahaja.


10. Bob Lokman Kena Tahan Polis.


- Pasti korang semua tahu kisah pasal dia kan. Kadang-kadang hati kita yang jahil itu sendiri yang menutup akal fikiran kita dari berfikiran waras. Tapi aku respek kat Bob Lokman ni sebab dia berani bersuara lantang dengan tindakan polis yang dikatakan datang tanpa adab. Wallahualam... Tetapi, apa yang pasti, Allah akan bersama mereka yang berhati mulia. Semoga orang yang beriman dan bertaqwa itu dilindungi daripada pelbagai fitnah.







9. Banjir di Kelantan, Kedah, Terengganu lagi mana tah.

- Bencana banjir ni kadang-kadang kita sendiri tak jangka setakat mana paras air naik, kemusnahan, kematian, dan apa yang berkait. Manusia seringkali menunding jari sesama mereka. Tak hairanlah sebab semua bencana ni pun dari tangan kita sendiri. Aku berasa simpati. Tapi kita juga boleh mencegahnya juga bukan?





8. Perhimpunan Bersih

- Perhimpunan Bersih yang kecoh kat KL dulu pun aku tak tahu sangat pasal apa. Tapi apa yang aku tahu la diorang ingin undian bersih untuk politik. Kesian kat Digi dengan pakcik tu...huhuhu...










7. Kes Buang Bayi

- Hmm... Kes yang paling tinggi mungkin. Aku sendiri tak sanggup nak lihat gambar bayi comel dibuang macam sampah. Disebabkan kononnya rasa kasih sayang yang mendalam, mereka yang belum sah suami isteri ni bermadu kasih. Nauzubillah... Boleh mengundang kemurkaan Allah. ='(






6. Isu Gereja Terbesar Asia

- No komen... Saksikanlah...















5. Penghinaan Psikologi

- Inilah dia kafir harbi, iaitu golongan kafir yang menentang Islam secara terang-terangan. Jangan terlalu cepat gelabah, kerana nabi kita Muhammad tidak mengajar kita cepat melenting. Serahkan pada yang pakar untuk komen. Kepada ustaz-ustaz yang rasa gambar ni tak elok,harap tegur hamba ok. Hamba akan delete jika ada permintaan. 














4. Peta Satelit Atas Bumi Ada Gambar Jesus?

- Bulan berapa tah tak ingat, kecoh kat facebook, berita, dan macam-macam jenis rangkaian, mengatakan tentang gambar ni. Wallahualam, segalanya telah dirancang oleh Allah S.A.W untuk menguji keimanan hambaNya yang beriman.








3. Demam Korean

- Haa ni kalau sehari tak bunyi lagu korea kt umah memang tak sah. Adik-adik aku kadang-kadang taksub sangat ngn mamat korean ni! aku menyirap je! Apa ada ar ngn mamat korean ni?? porraahhH!!!















2. Tentang DIA Dhia

- Boleh dikatakan top jugak lah... =D.
Tapi kontroversi gak wat aku sebab aku pun tak taw lah nak describe ape! Time magrib baru nk start! Penonton plak macam kena pukau dengan kebahagian CINTA. Emmm... Nanti de orang terase lak... Pandai-pandai pk lah...















1. The most controversion kontroversion camne ek nak eja? huhu.


- Hmm... Wahai adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, pakcik, makcik... Sebenarnya 2012 ni hanyalah propaganda yahudi yang suka bermain dengan nombor. Bak kata Azlee Senario, "tembak jangan kena ekornya". Hehehe... Tak usah lah kita percaya benda-benda yang boleh lucutkan akidah kita. Allah sudah pun  menyatakan dalam Al-Quran bahawasanya kiamat itu adalah rahsia Allah. Tak larat nak describe lagi. Hope kamu semua, kita semua yang beragama Islam janganlah mudah percaya benda-benda yang tidak sahih ni. Aku harap juga semoga kita semua dilindungi dari tipudaya syaitan yang direjam amin...

Doa Penguat Ingatan :

"Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah pertunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam gelok kaca (gandil), gelok itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."


(Surah An-Nur : Ayat 35)

=)

03 January 2012

Penangan Tahun Baru



Be Always In Happy Mood

Salam tahun baru 2012. Lama sangat aku tak muat naik update entri baru. Sekarang ni masa yang sangat sibuk untuk aku kejar demi mencari sesuap maggie rezeki. Alhamdullilah aku sudah pun bekerja sebagai pekerja perlabuhan. Biarpun kerja sangat mencabar fizikal dan mental, tanpa mood yang gembira, semua kerja sukar dilakukan. Ni pada pendapat aku la. Tak tahu la pendapat korang camne kan. Aku bersyukur bila sekarang ni semua masalah aku mula ringan. Aku gak dapat rasa bagaimana peritnya mak bapak aku mencari rezeki untuk aku membesar. Kerja memang memenatkan, kalau nak tahu esok pagi ni pun aku kena pergi kerja.

Banyak kali kita dapat rasa perasaan gembira ni dan lawannya pula sedih. Siapa yang suka sedih? Takkan ada sesiapa pun di muka bumi ini yang nakkan perasaan itu. Pernahkah kita bersyukur bila kita gembira? Tapi kita hanya tahu merintih kerana duka. Subhanallah sungguh indah perasaan gembira ini. Aku gembira kerana aku berasa gembira. Perkara itu peribadi aku. hehe... Emm berkongsi perasaan gembira ni aku telah ditemukan dengan seorang hamba Allah yang cantik selepas 2 kali aku ditolak dengan perkataan "Kita tak ada jodoh & masih ada yang lebih baik dan cantik sedang menunggu kau". Kuasa "doa" Alhamdulillah... Allah maha Adil lagi maha Pengasih. Aku gembira kerana adanya aku sudah diciptakan seorang teman biarpun sebagai seorang kawan. Aku hargai itu. Kegembiraan itu bukanlah kekal selamanya di bumi fana' ini kecuali di akhirat nanti.

Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya :
"Permudahkanlah semua urusan dan jangan menyusahkannya, berilah khabar gembira dan janganlah membuat sesuatu yang memnyebabkan orang lain lari."

-Riwayat Al-Bukhari dan Muslim-

Daripada contoh hadis di atas, bila kita menghadapi sesuatu dugaan,janganlah kita mengeluh,justeru itu akan menyebabkan keresahan kepada pelbagai pihak terutama kedua ibubapa kita. Huraian lain, Islam adalah agama yang mudah dan senang diamalkan oleh setiap golongan, oleh itu hendaklah ia dipermudahkan dan janganlah jadikan ia sebagai sesuatu bebanan.
Keterangan hadis kalau saudara saudari nak huraikan, biarlah bersama telunjuk ustaz atau ahli ulama, kerana kesilapan huraian akan menjadi sesat. Hati-hati bila menghuraikan hadis atau ayat Al-Quran.


Dari kisah aku ni aku sekali-sekala kadang-kadang terasa sebak bila setiap kali aku berasa gembira, aku sering terbayang "gembirakah orang susah yang kelaparan?", "gembirakah orang yang kematian saudara terdekatnya?". Bersyukurlah kita dengan apa yang ada ini iaitu sedikit perasaan gembira yang dihadiahkan kepada kita.

Jadi, kenapa hendak kita berasa sedih selalu? Percayalah walau sesedih mana kita sekalipun, Allah itu maha Penyayang. Dia tidak akan biarkan seorang pun hambanya sentiasa dalam kesedihan. Aku tahu ramai yang tidak mampu menanggung perasaan sedih. Kalau anda rasa sedih, alihkanlah pandanganmu ke arah langit, senyum,sedarlah dan sentiasa ingat bahawa Allah sentiasa bersamamu. Oleh kerana kita tidak mampu melihat Allah, sesungguhnya Allah sentiasa berada di mana-mana dengan bukti terciptanya segala keindahan dihadapanmu.

Ampunkan dosaku dan kedua ibubapaku ya Allah, berikanlah aku sinar keimanan yang boleh aku pegang dan akan aku sampaikan pada zuriatku satu hari nanti, permudahkanlah segala urusanku ya Allah.. Aminn..