05 December 2012

Bosan

Bosan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera aku ucapkan setelah sekian lama aku tak muat naik update kemaskini cerita entri kisah kehidupan sekeliling aku. Waktu aku tulis entri ni skrang pukul 8.30 pagi bersamaan 22 Muharam 1434 Hijrah iaitu 6 Disember 2012. Bagi gempak sket!. Ni haa aku bagi buktinya.


Aku memang tengah bosan sekarang ni pasal offday (tak kerja) dan tak tahu nak buat apa, maka terhasil lah sebuah entri pendek yang bertajuk BOSAN. hehehe...


Jom kita layan lagu Saleem - Bila Orang Dah Benci.
Saleem - Bila Orang Dah Benci


Tak guna, korang nak tangkap feeling skarang ni, pasal Ustaz Azhar dah bagitahu pun kat kita semua yang berkapel "couple" berpasangan dengan perasaan cinta sebelum nikah la!, hukumnya haram dan berdosa, tapi asal korang tahu, mesti ade je yang beta lawan hujah ni sebab dengan alasan ia fitrah semulajadi manusia lah hak asasi lah. Memang betul pun, tapi sapo la kito ni yek. Hukum Allah jang dibuat main. Mungkin ada hikmah disebalik ini semua kenapa diharamkan bercinta sebelum nikah. Aku tanak komen lebih-lebih. Maiii tengok...



Ustaz Azhar Idrus Original - Haram Bercinta Sebelum Kahwin (Nikah)


Hehe ini la ustaz feymes famous yang terkenal dengan hujah ceramah beliau yang mudah difahami golongan muda zaman moden ni. Korang pun kenal kan?


Setulang Laut


Ni gambar dari bilik rumah sewa aku yang tak berapa nak sewa sangat lah pasal kompani company tempat aku bekerja ni dah selesaikan semua. Huhu. Memang bosan hidup merantau kalau takde geng 1 kepala ngan kita. Yela time aku keje, diorang off, time aku off, diorang lak keje. Bosan juga bila bosan cenggini kan. Bertambah tension stress tertekan pula bila bunyi kenderaan yang lalu lalang kat sini... herrgghhhh!!!
- Sape nak teman aku tumbuk skrin pc korang -
=)