11 June 2012

Cuma minat je.

Tak salah kan kalau aku just minat je?


Ceteka siapa dia ni?? 



Ni plak siapa ye??

Gambar 1st kat atas tu dari movie The Cave of The Golden Rose. Boleh dikatakan jalan cerita agak merepek la. Time tu aku masih sekolah darjah 2 kot kalau tak silap la tahun 1998. Jarang-jarang miss citer ni kat tv2. Miss pun time mak aku suruh masuk tido esok nak sekolah. Tapi bestnye bila setiap pengembaraan tu jumpe batu boleh bercakap la, itik bercakap la, tumbuhan pun boleh cakap. Zaman bodek budak-budak dulu la hehe... Aku suka tengok citer tu sebab nak tengok heroin die jerr. Cantik lak...huhu... =)

Yang 2nd ni plak zaman kegemilangan perniagaan aku maju dalam tahun 2010 masa rakan seperniagaan aku ajak aku tgk wayang kat Square 1 Batu Pahat Johor. Tron Legacy, tengok gune spec 3D tuu... Mula-mula macam tak best & lagi bertambah mengarut, sekali heroin dia muncul daa... Tetibe je mcm excited sket. hahakk..Tapi papehal pun dua-dua movie kat atas ni mmg best. hehe...

( Best sebab heroin dia comel-comel belaka =D )
Perasan tak, macam same je muka diorang kan? Tapi aku takde makwe muke matured camni lagi...haha...


-Sekian-
Kurma@Tamar

Memperkenalkan inilah dia buah kurma atau tamar, lebih senang umum dikenali buah kurma. Apa keistimewaan buah kurma ni? Ni aku nak terangkan & kongsi dengan korang setakat yang aku kaji sebelum ni la. Bagi yang dah tahu tentang kebaikan buah kurma ni pun boleh la share pendapat ngan aku k.


Part yang selalu kita lihat & makan terus.



Ni plak buah kurma yang seakan-akan butir biji buah sawit yang tercerai dari tandannya.


Ni la dia asalnya buah kurma dari pokok sawit kurma la...

Dulu aku tak berapa suka makan buah kurma ni sebab kadang-kadang terlalu manis & kadang-kadang aku sendiri tak lalu makan. Tapi sekarang tidak lagi.

Dari Abu Hurairah R.A, katanya : "Rasulullah S.A.W itu tidak pernah mencela samasekali pada sesuatu makanan. Jikalau baginda S.A.W ingin pada makanan itu, baginda pun memakanya dan jikalau tidak menyukainya, maka beliau tinggalkan tanpa mengucapkan celaan padanya.".

Antara kebaikan buah kurma bila kita memakannya :
  • Mestilah hilang lapar.
  • Mengurangkan kesakitan dalaman badan.
  • Menambahkan kekuatan sistem imunisasi badan.
  • Merangsang daya ingatan.
  • Memudahkan proses bersalin bagi perempuan yang akan bergelar ibu ataupun telah bergelar ibu
  • Ubat bagi keracunan makanan.
Pohon kurma atau nama lain tamar, nama saintifiknya Phoenix Dactylifera yang seakan-akan pohon sawit sebenarnya memang dari keluarga pohon sawit. Sebab tu bila kita lihat pohon kurma ni mcm pohon sawit.

Kandungan buah kurma yang utama :
  1. Protein  ( Sesuai sebagai makanan tambahan untuk bina badan )
  2. Serat ( Untuk kulit lebih anjal )
  3. Zat besi ( Untuk pembentukan sel darah merah )
  4. Vitamin A ( Membantu pembentukan darah putih melawan jangkitan )
  5. Vitamin C ( Membantu penyerapan zat besi,mengurangkan racun atau kadar toksik dalam badan )
  6. Natrium ( Pengimbang bendalir badan melancarkan impuls saraf )
  7. Potassium ( Mengurangkan kekejangan otot )
  8. Glukosa ( Membantu mengembalikan tenaga serta merta )
  9. Dapat mensirnakan pengaruh sihir

Berapa kandungan peratus dalam buah kurma ni aku sikit pening nak baca, jadi aku sajikan point yang umum je lah. hehe... Seperti yang dinyatakan di atas, buah kurma ini banyak khasiatnya dan sesuai dimakan pada bila-bila masa. Tidak mengandungi gula dan tidak menjejaskan kesihatan malah buah kurma ini membantu menstabilkan mental dan fizikal badan.
Kebaikan kurma ini sahih dalam peristiwa Al Anbar dimana bekalan perang para sahabat oleh tentera Islam yang dipegang oleh Khalid ibn Al Walid yang kehabisan bekalan makanan sehingga mencatu beberapa biji buah kurma untuk menahan lapar akhirnya menemukan berita gembira.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang sedemikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa ( bersih hatinya )".

Tabah
- Contoh ketabahan dari perang pimpinan Khalid ibn Al Walid.

Wanita yang hamil
- Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa A.S? =)

Mohon tegur jika tersilap info.