Labels

Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

24 July 2012

Luahan Kecewa


Lokasi Yang Paling Banyak Kes Jenayah

Jodoh pertemuan antara utara dan selatan, akhirnya kita ditemukan di sini pada tahun 2010 yang ketika itu aku bekerja sebagai juruwang di Safeguard. Memang aku sendiri tak menyangka. Tapi masa tu kita belum rapat sebab tak kenal. Seharian juga aku terbayang wajah kau. Bak kata orang dari mata turun ke hati.


Buat pertama kalinya aku bertemu dengan kau pada 9/7/2012. Mesti agak pelik kan kenapa jarak pertemuan sangat panjang. Tak perlu la aku nak cerita sebab panjang kisahnya. Ini pun sekadar nak buat catatan kenangan lalu sebagai memori paling indah dalam hidup aku.
Malam, lampu kereta tak bukak, lagu klasik bermain sambil jalan sesak dan kata-kata kau yang jadi kenyataan kita sesat bersama di tengah bandaraya Kuala Lumpur yang mengerikan ini tambah lagi ada anjing yang melintas tiba-tiba. Aku merasakan diri kau sangat istimewa sebab aku tak pernah lagi bawak anak dara orang jalan-jalan naik kereta. Kita berborak panjang yang rasanya macam pendek sangat waktu itu. Walaupun masa singkat, tapi aku tak tahu apa yang aku borak sampai jam pun dah lewat malam. Senang hati aku bila kau ketawa dan senyum dihadapanku. Lupa segala masalah yang stresskan hidup aku. Tetapi sekarang...


Di mana dan dengan siapa lagi makhluk ciptaanya yang akan hadir dalam hidup aku untuk berkongsi mendengar luahan hati yang tak kesampaian ni..? Ya mungkin salah satu sebab kenapa aku menulis tentang perasaan ini hanyalah untuk menagih simpati yang hanya mimpi. Cukup indah masa yang aku lalui bersama kau walaupun tak sampai sehari dan kini hanya tinggal kenangan yang tak mungkin akan berulang kembali. Kenapa kau benci aku kerana sebab yang aku sendiri tiada niat nak lakukan? Kenapa kau pergi meninggalkan aku seorang diri ketika hati kecil ini mula menyayangi kau? Puas aku pujuk kau kembali, tetapi kau tak pernah nak pandang aku lagi. Berdosa sangatkah aku hanya sekadar memarahi kau kerana kau menipu aku? Aku marah kerana meminta perhatian dari kau dan bukan ingin kau jauhkan diri kau dari aku. Kau salah anggap. Kenapa mesti kau bagi alasan yang sangat menyakitkan hati aku? Aku bertambah keliru bila kau sedikitpun tak pernah ambil berat tentang aku, tapi kau cakap aku je yang rasa camtu sedangkan kau cakap memang kau selalu terfikir tentang aku. Kalau betul la kau sayang aku kenapa mesti kau lepaskan aku begitu saja? Persoalannya adakah kau betul-betul jujur dengan aku? Memang aku akui aku belum matang dengan tindakan aku mungkin kerana aku belum belajar apa itu memberikan kebebasan. Aku ni bercinta tak pandai, yang aku tahu hanya kongkong kau tapi aku dah pun beritahu kau lebih awal kalau ada apa-apa yang tak suka, silalah berterus terang dan kau hanya ikut cakap aku. Aku percaya kau dan itulah yang buat aku makin sayang pada kau. Sebenarnya kebebasan itulah yang selalu membuatkan hati ini tak senang. Aku buntu bila kau menghilang. Aku bukanlah manusia yang sangat tabah. Memang terasa sebak bila kau cakap aku ni sama macam lelaki tak guna. Aku tak pernah rasa nak lepaskan kau, mungkin percaturan hati aku ni yang dah tersilap langkah dan kau terus menganggap aku camtu. Jikalau masa boleh berpatah balik, alangkah bertuahnya hidup. Terima kasih atas pengalaman berharga ni. Aku akan sentiasa doakan kesejahteraan kau supaya berubah dari baik kepada lebih baik untuk bakal suami kau.


11 April 2012

Luahanku Untuk Bakalku Jika Bertemu


Saya tak tahu bagaimana nak luahkan perasaan yang terpendam ni pada awak. Ianya sesuatu yang agak sukar untuk saya gambarkan kerana kita tak boleh melihat perasaan itu. Saya sangat pemalu orangnya melainkan ada diantara kita sebuah dinding yang boleh pisahkan kita. Saya tidak mudah mengalah, tetapi setiap kali kekalahan itu terlalu kerap, saya mudah putus asa dan menjadikan saya seorang yang pendiam dan suka berahsia. Mungkin awak tak tahu di sudut hati kecil ini, saya inginkan awak untuk menemani saya sepanjang masa. Apa yang saya tahu hanyalah berdiam diri dan tidak mampu nak berterus terang. Memang saya cakap, saya rela lepaskan awak. Tetapi pada hakikatnya saya tak nak kehilangan awak. Awak tak perasan itu. Bila saya banyak bertanya, saya harapkan kejujuran dari awak, bukan bermakna saya nak marah awak, tetapi hanya semata-mata untuk menambahkan keyakinan pada diri saya terhadap awak. Saya menangis dan berharap sangat awak datang untuk redakan kesedihan saya yang telah orang lain lakukan.


Mimpiku

Rasa Hatiku Yang Tidak Boleh Diselindung


Pertama kali aku terserempak dengan kau, ketika kau sedang berbual dengan rakanku. Waktu itu amat singkat bila aku hanya memerhatikan kau hanya sekali pandang, kerana kau juga sedang beredar dalam keadaan yang tergesa-gesa. Kau umpama mawar yang cantik. Ingin aku coretkan sedikit memori yang kadang-kala membuatkan aku tersenyum sendiri pada waktu ini.

Aku terpesona denganmu sampaikan aku meminta pertolongan dari kawan aku untuk meminta nombor telefon kau. Percaya atau tidak pandangan pertamaku pada kau betul-betul membingungkan aku. Ya! aku jatuh cinta pandang pertama, tetapi hasratku tidak sampai dan kenapa pula tidak sampai?

Sudah seminggu berlalu, dan bayangan wajahmu mula pudar kerana aku hanya menunggu jawapan dari rakanku. Tiba masanya, rakanku itu memberitahuku yang kau menolak permintaanku. Aku terasa agak pilu dan kecewa kerana apa yang aku harapkan itu hanya mimpi. Agak lama juga aku mencari seorang teman yang boleh mengisi masa lapangku, dan mengambil berat tentangku serta berkongsi apa saja denganku dan engkaulah orangnya di dalam mimpiku.

Sampailah suatu hari, aku mencari kau di FACEBOOK, kita berborak antara satu sama lain,aku begitu tertarik dengan kau kerana kau selalu buat aku tersenyum dan kadangkala kau juga seorang yang kelakar membuatkan aku terasa dekat dengan kau. Kita buat perhubungan di facebook, dan rakanku yang juga rakan kau itu mula menegur aku kerana aku semakin rapat dengan kau. Masa ni aku sendiri tidak tahu orang yang aku selalu berborak ini adalah orang yang sama pernah aku mimpikan dulu.

Akhirnya barulah rakanku itu berterus-terang, mawar yang selalu ku mimpikan itu, adalah kau, insan yang aku sendiri tidak menyangka orang yang cantik itu adalah orang yang sama. Aku sendiri tidak menyangka jodoh pertemuan yang bagi aku cukup menarik dan amat bermakna dalam hidup aku, kerana aku pernah putus asa dengan kau sebab tak beri respon kepada aku, dan rakanku pula memberitahuku hal yang sebenarnya, dia memang tak pernah nak sampaikan hasratku kepada kau mungkin sebab malas ataupun cemburu. Hehehe... Dan kau pula aku tanya benarkah kau menolak permintaanku masa itu? Kau tak tahu apa-apa dan memang sah lah dia ni tak beritahu kau tentang hasratku itu kerana kau sendiri tak dapat apa-apa berita dari dia.

31 March 2012

Bila-Bila Masa Sahaja

Jom layan lagu jap.

Korang mesti suka muzik dengan hiburan kan? Memang fakta pun manusia memerlukan hiburan sebab kat dunia ni tiada syurga. Dulu aku tak layan sangat lagu-lagu cintan camni. Dulu aku suka layan lagu-lagu dahsyat dari Jepun je.
Lagu Saleem bertajuk Tinggal Kenangan ni tetibe je tangkap leleh. haha... Dulu aku menyirap gak, bila telefon orang je mesti dengar caller ringtone ni. Tapi sekarang, tak sangat la.


Kini tinggal kenangan la katakan. Mesti korang ade kisah cinta tak jadi, pastu masukkan lagu-lagu sedih cenggini bila hati memberontak kat makwe or pakwe dengan harapan dia pujuk balik. Betul kan?. Jangan tipu la... haha... (Aku pun wat cenggini gak.)

Aku pun pernah gak rasa kecewa giler dulu. Baru-baru ni pun rasa kecewa gak sebab cinta kat seorang hamba Allah ni, bertepuk sebelah tangan jek. Sebab yang 1st tu la aku layan sket lagu-lagu kecewa. haha...


Ni cume intro muzik je. Best sebab die bessttt...




Toksah dok tiru gaye bab susahkan diri.

26 February 2012

Thanks For The Memory


The time before we know each other, I will let you know this.

From the twin eyes to the single heart, from the single heart to the twin hands to sent a message to YOU through the phone to said I MISS YOU & I need your heart to become twin also.

The things that I DISLIKE become LIKE

- YOU are the one indifferent person. (Actually make more curiosity to me to know YOU)
- Sometimes YOU being late to replying my messages & sometimes YOU are leading. (I'm busy lately, this for you too.)
- SMS mean to be Short Message Service. (Nothing,but complicated)
- Runs out of credit (Dunno why, dislike only)
- Ask the same question repeatedly. (Same on me)
- YOU got a busy day. ( Trying to understand,hope YOU're the same)


The things I LIKE no DISLIKE

- Always remind me "dah solat?". (Belum)
- YOU're beautiful person.
- Forgive.
- SMS also mean Supersonic Message Service.
- Another word dunno how to explain. It's from my heart@liver.


Hoping that...

- Give me a chance to your heart to loving me.
- YOU will be mine.(My hope only. Is there anything else to be mention here?)
- I'll be your guardian.
- YOU'll miss & loving me too.
- We live together. (Same as above)
- Teach me when I was wrong.
- Help me by give a spirit.


I'm learning now.

- Please don't blame me if I were at the wrong situation as last time, when I trying to make YOU as my special girlfriend. I know it's too early, & I also know that I was only a FRIEND when YOU said clearly that I'm just your FRIEND not more than that. I'm lonely & that lonely feeling push my heart to do like that. I'm sorry if it's hurt.
- Don't make hope.

Nevermind if my dream is always a dream because I know all the girls hate me.
I want YOU to know this: I always pray that we are keep in touch even as a FRIEND.
Sorry because I stole your picture. I can delete it if you want.
Please understand me, if YOU dislike me, say dislike. (Nevermind YOU already spoke).


22 July 2011

Cintaku Tak Berbalas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pada pembaca-pembaca sekalian. Dah lama rasanya tak download update entri-entri baru. Mungkin sebab aku tak update sebab bz bercinta bekerja kot. Entahlah tapi pape pun mmg topik cinta je tahun ni kerana aku masih berusaha mencari pasangan aku yg masih hilang.

Semua orang mesti pernah rasa saat cinta itu berputik (tak semua la sebab aku tahu ada juga yg memang belum pernah). Senyum seorang diri, mengigau disiang hari dan macam-macamlah perkara pelik dan kurang pelik akan berlaku saat itu.


Tidak aku nafikan indahnya dunia ini bila ada yg mencintai diri. Aku pilih lagu ni sebab ada 1 cerita antara aku dan dia. Biasanya aku kurang sket kalau bab2 layan lagu ni, tapi tah kenapa 1 melodi ni beralun untuk aku kenangkan peristiwa yg hanya tinggal kenangan. Dia baik, dia cantik, sempurna depan mata aku.

Boleh dikatakan setiap saat apabila dia menghubungi aku, aku selalu rasa bahagia. Zzzz faham-fahamla bila cinta tu berputik. Kita selalu lihat kadang-kadang ada sesetengah laman web atau poster-poster yg memaparkan ayat-ayat cinta kepada tuhan yg maha agung dan Muhammad S.A.W, tapi kenapa hati kita rasa lain berbanding kita bercinta dengan makhluk ciptaannya?

"Maha suci tuhan yang menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan diri mereka (manusia) mahupun dari apa yang tidak mereka ketahui".
(Surah Yaasin : 36)

Sebab kita akan berpasangan, dan semua dibumi berpasangan, dan pasangan yg aku maksudkan ialah pasangan hidup.


Tersurat : Errr Pasangan bahagia kottt...
Tersirat : Keagungan rasa yang telah diciptaNya dalam diri manusia
sekadar hiasan hehe...

"Dan diantara tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yg demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
(Surah Ar-Rum : 21)

Kenapa rasa sayang pada kekasih tu lain banyak dari sayang kat pencipta kita? Sebab setiap daripada kalam Allah mempunyai pelbagai maksud tersirat. Dari sini jugalah keimanan aku teruji bila aku melupakanNya saat cinta itu berputik. Subhannallah maha suci Allah yg menciptakan rasa ini untuk menguji keimanan hambanya. Aku tidaklah secekal mana yg anda korang lihat. Bila kita ada rasa gembira,sedih adalah pasangannya. Cakap pasal sedih, memang tu la mood aku sekarang ni. Memang sukar untuk menerima hakikat yg kita sendiri tidak inginkan. Kalau dah takdir kita begitu, sahutlah takdir itu dengan hati yg terbuka kerana takdir bukanlah alasan untuk berserah atau malas, akan tetapi aku tahu takdir boleh diubah kerana...

"Barangsiapa hatinya tebuka untuk berdoa, maka pintu-pintu rahmat akan dibukakan untuknya. Tidak ada permohonan yang lebih disenangi oleh Allah daripada permohonan orang yang meminta keselamatan. Sesungguhnya doa bermanfaat bagi sesuatu yang sedang terjadi dan yang belum terjadi. Dan tidak ada yang boleh menolak takdir kecuali doa, maka berpeganglah wahai hamba Allah kepada doa"
(Hadis Riwayat Imam Ahmad, At-Turmudzi dan Al-Hakim)


Tapi walau apapun berlaku rasa sayang itu tetap ada walaupun dia hanya menganggap aku kawan biasa. Susah juga nak lalui semua ni. Makan masa juga nk hilangkan ni. Ye la aku pun manusia biasa gak. Aku bersyukur sebab dalam masa yang singkat tu pun dia mampu membuat aku selalu tersenyum dan banyak mengajar aku erti bersabar. =)
Pujian aku hanya aku ikhlaskan untuk penciptanya iaitu tiada tuhan melainkan Allah.

05 May 2011

Apa itu cinta?


Cinta itu tak perlulah untuk aku sebutkan lagi kerana ramai yang sedia tahu apa itu cinta. Cinta lah yang boleh menyebabkan seorang yang pendiam mula berkata-kata begitu jugalah sebaliknya. Cinta juga lah yang membuat perasaan biasa menjadi luar biasa. Cinta jugalah yang membuat tawa menjadi linangan air mata. Aku manusia biasa, memang aku mempunyai sejarah cinta yang jahil dalam hidupku. Segala yang aku ada, dikongsikan bersama demi untuk memperbaiki cinta antara manusia.

Telah ditemukan aku dengan seorang hambaNya, kami mula rapat. Kami keluar bersama, makan bersama, bertentangan mata yang menyebabkan dosaku kian bertambah. Memang telah ditetapkan batasan dalam bercinta, tetapi sejauh mana kita mampu menghindari dosa ini? Bukan niatku untuk menyalahkan sesiapa.

Sebenarnya aku sendiri masih mencari makna cinta pada tempatnya. Jikalau aku manusia yang sempurna, tidak akan aku sekali-kali melanggar perintahNya. Aku akan menjaga segala tatatertibku untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Ujian menimpa diriku, perpisahan itu terjadi bila ada pertemuan. Sakit hati ini aku tujukan pada dia(temanku) yang meninggalkan ku. Segala salah dan silap aku tujukan pada hambaNya itu. Memang sewaktu aku senang hati, aku tidak ingat. Aku lupa, bahawasanya Dialah Tuhan yang maha esa yang menghadirkan seorang teman dalam hidupku untuk membimbingku serta mengujiku. Tetapi aku lalai dan aku terlepas satu manfaat yang Engkau datangkan dalam diri hambamu ini. Kini baru ku sedar selama ini aku yang melupakan dirimu ya Allah dan kekasihMu nabi Muhammad S.A.W.


Perbandingan cinta manusia baatil(tidak betul) dan cinta manusia beriman.



Menangiskah anda ketika mengetahui betapa cintanya kekasih Allah nabi Muhammad S.A.W kepada kita umatnya akhir zaman sehingga akhir hayatnya? Hebat sangatkah kita nak melawan takdir? Siapa kita? Siapa diri kita untuk mendapatkan segalanya yang hanya milik Allah yang dipinjamkan pada kita? Cinta ibu, cinta ayah kepada kita semasa kita kecil. Bangunlah, sahutlah seruan Allah. 
Semoga apa yg aku sampaikan ini pun dapat membantu menasihati diriku. Maaf jikalau ada salah dan silap. harap sesama kita saling perbetulkan. Amin...

03 February 2011

Kenapa ek?



Aku selalu sangat diperbodohkan, diperlekehkan, dipersendakan, dipermainkan. Pada makhluk mana untuk aku bercakap, berkongsi, bermesra dan meluahkan segala? Siapa awak? Kat mana awak berada sekarang..? Saya dah lama menunggu awak untuk berkata dan bersua di depan mata saya. Kenapa saya masih tak jumpa awak lagi? Kenapa buat saya menungu terlalu lama? Saya sedih awak tak muncul-muncul untuk teman saya hadapi hidup ini. Keluar la dari mimpi saya dan kuatkan langkah saya. Saya tak ada kawan yang betul-betul boleh kongsi masalah hidup saya ni. Saya tak nak sorang-sorang, puas saya cari awak, tapi salah orang. Saya malu, saya sedih, saya cemburu.


02 February 2011

Bila nak pulihkan semangat

Semua orang tak sempurna dan mempunyai kelemahan. Dari kelemahan, itulah kelebihan, tetapi tak ramai yang nampak apa yg tersirat berbanding tersurat kecuali orang buta yang kebanyakannya nampak tersirat berbanding tersurat. Apakah benar kelemahan itu sebenarnya satu kelebihan? Nak baiki diri sendiri pun bukan senang. Aku masih tertanya-tanya apakah kekurangan aku, dan aku masih tak tahu apa kelebihanku. Bila lama aku pendam makin pedih aku rasa, harap-harap bila aku dapat share sikit kat sini, akan ada orang support aku beri semangat kat aku. Sesetengah dari korang mesti ada yg terasa kan bila ada orang suruh korang sabar dengan hanya sekadar bercakap, korang mesti akan anggap "cakap senang la, cuba ko kena!". Ermm.. Nak jadi matang, kena la terima teguran dengan matang. Apa pendapat korang? Setiap teguran memang menyakitkan. Lain individu, lain caranya, yang sama hanya yang bernama manusia yg dicipta oleh tuhan semua adalah sama. Bezanya pada amalan. Kita pun tak boleh nak judge diri sendiri sebab orang yg lihat perlakuan kita. Ada juga yg bercakap tu pun lagi teruk. Nak buat camne klo yang dah bercakap pula tak guna akal, takkan nak lawan. Perkara terbaik ialah diam sambil mengucap 2 kalimah dan beristigfar sebentar dan renungkan apa tindakan yang terbaik. Ingat mati, terjagalah perlakuanmu InsyaAllah lahir rasa berpantang maut sebelum ajal, kerana setiap yang dicipta adalah yang terbaik buat hambaNya. Tuhan tidak pernah sekali menyeksa hambaNya melainkan hambaNya sendiri yang menyeksa dirinya sendiri.

Kenapa mesti ada perasaan benci? aku sedih sangat bila ada orang benci aku tapi tak bagitahu sebab. Hati susah nak dirungkai bila ada macam-macam perasaan yang bercampur. Nak selami hati yang terluka perlu banyak menggunakan mata hati dan akal. Nak baiki hati yang terluka pun perlu ada perkara yang sama. Erkk kusut...(3.50 pm, 3 feb 11) continues...