31 March 2012

Bila Berkawan

Kawan


Kawan aku yg paling baik siap jinak skali adalah kucing. hewhewhew... ^.^




His the gangsteriest cat!

Bila-Bila Masa Sahaja

Jom layan lagu jap.

Korang mesti suka muzik dengan hiburan kan? Memang fakta pun manusia memerlukan hiburan sebab kat dunia ni tiada syurga. Dulu aku tak layan sangat lagu-lagu cintan camni. Dulu aku suka layan lagu-lagu dahsyat dari Jepun je.
Lagu Saleem bertajuk Tinggal Kenangan ni tetibe je tangkap leleh. haha... Dulu aku menyirap gak, bila telefon orang je mesti dengar caller ringtone ni. Tapi sekarang, tak sangat la.


Kini tinggal kenangan la katakan. Mesti korang ade kisah cinta tak jadi, pastu masukkan lagu-lagu sedih cenggini bila hati memberontak kat makwe or pakwe dengan harapan dia pujuk balik. Betul kan?. Jangan tipu la... haha... (Aku pun wat cenggini gak.)

Aku pun pernah gak rasa kecewa giler dulu. Baru-baru ni pun rasa kecewa gak sebab cinta kat seorang hamba Allah ni, bertepuk sebelah tangan jek. Sebab yang 1st tu la aku layan sket lagu-lagu kecewa. haha...


Ni cume intro muzik je. Best sebab die bessttt...




Toksah dok tiru gaye bab susahkan diri.

26 February 2012

Thanks For The Memory


The time before we know each other, I will let you know this.

From the twin eyes to the single heart, from the single heart to the twin hands to sent a message to YOU through the phone to said I MISS YOU & I need your heart to become twin also.

The things that I DISLIKE become LIKE

- YOU are the one indifferent person. (Actually make more curiosity to me to know YOU)
- Sometimes YOU being late to replying my messages & sometimes YOU are leading. (I'm busy lately, this for you too.)
- SMS mean to be Short Message Service. (Nothing,but complicated)
- Runs out of credit (Dunno why, dislike only)
- Ask the same question repeatedly. (Same on me)
- YOU got a busy day. ( Trying to understand,hope YOU're the same)


The things I LIKE no DISLIKE

- Always remind me "dah solat?". (Belum)
- YOU're beautiful person.
- Forgive.
- SMS also mean Supersonic Message Service.
- Another word dunno how to explain. It's from my heart@liver.


Hoping that...

- Give me a chance to your heart to loving me.
- YOU will be mine.(My hope only. Is there anything else to be mention here?)
- I'll be your guardian.
- YOU'll miss & loving me too.
- We live together. (Same as above)
- Teach me when I was wrong.
- Help me by give a spirit.


I'm learning now.

- Please don't blame me if I were at the wrong situation as last time, when I trying to make YOU as my special girlfriend. I know it's too early, & I also know that I was only a FRIEND when YOU said clearly that I'm just your FRIEND not more than that. I'm lonely & that lonely feeling push my heart to do like that. I'm sorry if it's hurt.
- Don't make hope.

Nevermind if my dream is always a dream because I know all the girls hate me.
I want YOU to know this: I always pray that we are keep in touch even as a FRIEND.
Sorry because I stole your picture. I can delete it if you want.
Please understand me, if YOU dislike me, say dislike. (Nevermind YOU already spoke).


Aku Manusia Biasa

Aku manusia biasa sebab aku boleh makan, minum, tidur, pergi jalan-jalan bersiar-siar, & apa sahaja perkara yang manusia lain boleh lakukan. Tapi ada gak benda yang aku takleh wat. Contohnya aku tak boleh bernafas sambil menjelir lidah keluar. (Haa korang wat ea?? hahaha...). Takdelah, aku gurau sebenarnya. Yang betulnya aku tak pandai nak wat skill-skill aksi-aksi pelik macam kat bawah ni.



Haha ni contoh je. Macam-macam karenah sebenarnya yang ada kat muka buku bumi ni. Aku cuma bercerita tentang bakat semulajadi je macam menyanyi, silap mata, silat, jadah ape tah lagi. Seronok sangat kalau dapat tahu apa bakat terpendam. Kalau zaman kanak-kanak dulu, bakat aku pandai mewarna je. Hehe. Ok an?? Minat melukis masa kecik-kecik, tapi sebab bosan melukis, terus lupa bakat melukis. =) Ape bakat yang korang ade ek?? Kongsilah banyak-banyak. Hehe... Sebenarnya manusia ini lah sebaik-baik kejadian seperti yang dirakamkan dalam Al-Quran.

"Sesungguhnya manusia adalah sebaik-baik kejadian".

(Surah At-Tinn : Ayat 4)

Senyum... =)

10 January 2012

Terlupa pula.


2011~2012

Selamat sejahtera kepada pembaca semua! =) Sebelum aku terlupa, 2011 dah pun kena seal tinggal buat selamanya. Mesti banyak memori yang korang tak boleh lupa kan? Bercuti, berkelah, kena buli, angau, jatuh cinta, buat dosa, buat pahala dsb. Tapi kat sini aku nk list top 10 kisah-kisah dunia yang aku rasa top la. Hehehe. Sekadar hiburan sahaja.


10. Bob Lokman Kena Tahan Polis.


- Pasti korang semua tahu kisah pasal dia kan. Kadang-kadang hati kita yang jahil itu sendiri yang menutup akal fikiran kita dari berfikiran waras. Tapi aku respek kat Bob Lokman ni sebab dia berani bersuara lantang dengan tindakan polis yang dikatakan datang tanpa adab. Wallahualam... Tetapi, apa yang pasti, Allah akan bersama mereka yang berhati mulia. Semoga orang yang beriman dan bertaqwa itu dilindungi daripada pelbagai fitnah.







9. Banjir di Kelantan, Kedah, Terengganu lagi mana tah.

- Bencana banjir ni kadang-kadang kita sendiri tak jangka setakat mana paras air naik, kemusnahan, kematian, dan apa yang berkait. Manusia seringkali menunding jari sesama mereka. Tak hairanlah sebab semua bencana ni pun dari tangan kita sendiri. Aku berasa simpati. Tapi kita juga boleh mencegahnya juga bukan?





8. Perhimpunan Bersih

- Perhimpunan Bersih yang kecoh kat KL dulu pun aku tak tahu sangat pasal apa. Tapi apa yang aku tahu la diorang ingin undian bersih untuk politik. Kesian kat Digi dengan pakcik tu...huhuhu...










7. Kes Buang Bayi

- Hmm... Kes yang paling tinggi mungkin. Aku sendiri tak sanggup nak lihat gambar bayi comel dibuang macam sampah. Disebabkan kononnya rasa kasih sayang yang mendalam, mereka yang belum sah suami isteri ni bermadu kasih. Nauzubillah... Boleh mengundang kemurkaan Allah. ='(






6. Isu Gereja Terbesar Asia

- No komen... Saksikanlah...















5. Penghinaan Psikologi

- Inilah dia kafir harbi, iaitu golongan kafir yang menentang Islam secara terang-terangan. Jangan terlalu cepat gelabah, kerana nabi kita Muhammad tidak mengajar kita cepat melenting. Serahkan pada yang pakar untuk komen. Kepada ustaz-ustaz yang rasa gambar ni tak elok,harap tegur hamba ok. Hamba akan delete jika ada permintaan. 














4. Peta Satelit Atas Bumi Ada Gambar Jesus?

- Bulan berapa tah tak ingat, kecoh kat facebook, berita, dan macam-macam jenis rangkaian, mengatakan tentang gambar ni. Wallahualam, segalanya telah dirancang oleh Allah S.A.W untuk menguji keimanan hambaNya yang beriman.








3. Demam Korean

- Haa ni kalau sehari tak bunyi lagu korea kt umah memang tak sah. Adik-adik aku kadang-kadang taksub sangat ngn mamat korean ni! aku menyirap je! Apa ada ar ngn mamat korean ni?? porraahhH!!!















2. Tentang DIA Dhia

- Boleh dikatakan top jugak lah... =D.
Tapi kontroversi gak wat aku sebab aku pun tak taw lah nak describe ape! Time magrib baru nk start! Penonton plak macam kena pukau dengan kebahagian CINTA. Emmm... Nanti de orang terase lak... Pandai-pandai pk lah...















1. The most controversion kontroversion camne ek nak eja? huhu.


- Hmm... Wahai adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, pakcik, makcik... Sebenarnya 2012 ni hanyalah propaganda yahudi yang suka bermain dengan nombor. Bak kata Azlee Senario, "tembak jangan kena ekornya". Hehehe... Tak usah lah kita percaya benda-benda yang boleh lucutkan akidah kita. Allah sudah pun  menyatakan dalam Al-Quran bahawasanya kiamat itu adalah rahsia Allah. Tak larat nak describe lagi. Hope kamu semua, kita semua yang beragama Islam janganlah mudah percaya benda-benda yang tidak sahih ni. Aku harap juga semoga kita semua dilindungi dari tipudaya syaitan yang direjam amin...

Doa Penguat Ingatan :

"Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah pertunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam gelok kaca (gandil), gelok itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."


(Surah An-Nur : Ayat 35)

=)

03 January 2012

Penangan Tahun Baru



Be Always In Happy Mood

Salam tahun baru 2012. Lama sangat aku tak muat naik update entri baru. Sekarang ni masa yang sangat sibuk untuk aku kejar demi mencari sesuap maggie rezeki. Alhamdullilah aku sudah pun bekerja sebagai pekerja perlabuhan. Biarpun kerja sangat mencabar fizikal dan mental, tanpa mood yang gembira, semua kerja sukar dilakukan. Ni pada pendapat aku la. Tak tahu la pendapat korang camne kan. Aku bersyukur bila sekarang ni semua masalah aku mula ringan. Aku gak dapat rasa bagaimana peritnya mak bapak aku mencari rezeki untuk aku membesar. Kerja memang memenatkan, kalau nak tahu esok pagi ni pun aku kena pergi kerja.

Banyak kali kita dapat rasa perasaan gembira ni dan lawannya pula sedih. Siapa yang suka sedih? Takkan ada sesiapa pun di muka bumi ini yang nakkan perasaan itu. Pernahkah kita bersyukur bila kita gembira? Tapi kita hanya tahu merintih kerana duka. Subhanallah sungguh indah perasaan gembira ini. Aku gembira kerana aku berasa gembira. Perkara itu peribadi aku. hehe... Emm berkongsi perasaan gembira ni aku telah ditemukan dengan seorang hamba Allah yang cantik selepas 2 kali aku ditolak dengan perkataan "Kita tak ada jodoh & masih ada yang lebih baik dan cantik sedang menunggu kau". Kuasa "doa" Alhamdulillah... Allah maha Adil lagi maha Pengasih. Aku gembira kerana adanya aku sudah diciptakan seorang teman biarpun sebagai seorang kawan. Aku hargai itu. Kegembiraan itu bukanlah kekal selamanya di bumi fana' ini kecuali di akhirat nanti.

Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya :
"Permudahkanlah semua urusan dan jangan menyusahkannya, berilah khabar gembira dan janganlah membuat sesuatu yang memnyebabkan orang lain lari."

-Riwayat Al-Bukhari dan Muslim-

Daripada contoh hadis di atas, bila kita menghadapi sesuatu dugaan,janganlah kita mengeluh,justeru itu akan menyebabkan keresahan kepada pelbagai pihak terutama kedua ibubapa kita. Huraian lain, Islam adalah agama yang mudah dan senang diamalkan oleh setiap golongan, oleh itu hendaklah ia dipermudahkan dan janganlah jadikan ia sebagai sesuatu bebanan.
Keterangan hadis kalau saudara saudari nak huraikan, biarlah bersama telunjuk ustaz atau ahli ulama, kerana kesilapan huraian akan menjadi sesat. Hati-hati bila menghuraikan hadis atau ayat Al-Quran.


Dari kisah aku ni aku sekali-sekala kadang-kadang terasa sebak bila setiap kali aku berasa gembira, aku sering terbayang "gembirakah orang susah yang kelaparan?", "gembirakah orang yang kematian saudara terdekatnya?". Bersyukurlah kita dengan apa yang ada ini iaitu sedikit perasaan gembira yang dihadiahkan kepada kita.

Jadi, kenapa hendak kita berasa sedih selalu? Percayalah walau sesedih mana kita sekalipun, Allah itu maha Penyayang. Dia tidak akan biarkan seorang pun hambanya sentiasa dalam kesedihan. Aku tahu ramai yang tidak mampu menanggung perasaan sedih. Kalau anda rasa sedih, alihkanlah pandanganmu ke arah langit, senyum,sedarlah dan sentiasa ingat bahawa Allah sentiasa bersamamu. Oleh kerana kita tidak mampu melihat Allah, sesungguhnya Allah sentiasa berada di mana-mana dengan bukti terciptanya segala keindahan dihadapanmu.

Ampunkan dosaku dan kedua ibubapaku ya Allah, berikanlah aku sinar keimanan yang boleh aku pegang dan akan aku sampaikan pada zuriatku satu hari nanti, permudahkanlah segala urusanku ya Allah.. Aminn..


09 November 2011

Serba Sedikit Tentang Al-quran


Info : satu ayat daripada kitab suci Al-Quran boleh ditafsir sehingga 7 makna berbeza mengikut kesesuaian pada tempatnya. Sehingga kini para ahli kitab arab masih belum dapat menafsir kesemua ayat Al-Quran dengan terperinci.

"Katakanlah (Wahai Muhammad) : 'Jika semua manusia dan jin akan datang bersama-sama untuk menghasilkan seperti Al-Quran, mereka tidak akan dapat menghasilkan seperti walaupun mereka dikenakan semua dan kekuatan mereka dalam membantu antara satu sama lain'."

(Al-'Isra' ayat : 88)


Seringkali kita selalu mendengar perdebatan mengenai agama dan hukum sesuatu perkara didalam Al-quran. Debat memang khayal best asyik bagi orang yang berdebat dengan "telinga yang panas" (marah). Dan kenapa Islam melarang berdebat adalah kerana debat boleh mengakibatkan kesesatan jika tiada ilmu dan permusuhan diakhirnya. Sedikit bukti tentang apa yang aku belajar ialah pendebat hanya mempunyai satu matlamat tersendiri iaitu ingin menang,dan perasaan itu akan disusuli riak dan bongkak jika kita menang. Apa pula kata anda? tanyalah ustaz.


Dari Abu Hurairah RA, Bahawasaya Nabi SAW bersabda : "Hentikanlah (menanyai)ku tentang apa yang aku abaikan untuk kamu. Sesungguhnya umat sebelum kamu telah binasa kerana mereka banyak bertanya dan mendebat para nabi mereka. Jika aku melarang kamu tentang sesuatu, maka hindarilah dan jika aku memerintahkan kamu terhadap sesuatu, maka lakukanlah semampu kamu".
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).


Dalam hadis ini juga, Rasulullah mengajarkan kepada kaum Muslimin supaya bertanyakan hal-hal yang penting sahaja. Sebab itu aku sentiasa berhati-hati dalam menyampaikan sesuatu, dan sedikit sebanyak harap kepada sesiapa yang selalu tunjuk pandai kat facebook atau mana-mana laman sosial supaya berfikir terlebih dahulu ataupun buat research kajian mengenai apa yang nak disampaikan. Debat juga tidaklah selamanya tercela bahkan suatu kebenaran itu tertunjuk melalui pintu perdebatan. Debat dengan cara yang baik adalah seiring dengan firman Allah yang bermaksud :


"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan debatlah mereka dengan cara yang baik".
(Surah An-Nahl ayat : 125)


Pegangan kita adalah Al-Quran dan dirujuk bersama Hadis. Jika ada seorang kafir memburukkan agama Islam,janganlah kita memakinya, sebaliknya berikanlah kuasa perkataan yang baik dan bersopan. Dan korang boleh selami seperti dalam kisah nabi di bawah ini yang aku copy salin untuk menganjalkan apa yang aku sampaikan.


"Diriwayatkan oleh Anas bin Malik: “Sedang kami berada dalam masjid bersama Rasulullah SAW, seorang Badwi datang dan duduk mencangkung membuang air kencing di dalam masjid. Sahabat berkata kepada lelaki Badwi itu: Berhenti! Berhenti!”


Namun Rasulullah SAW berkata: “Jangan ganggu dan biarkan dia sendiri.” Oleh demikian, mereka pun membiarkan saja lelaki itu selesai membuang air kencingnya. Kemudian Rasulullah SAW memanggil lelaki berkenaan dan berkata kepadanya: “Di dalam masjid tidak dibenarkan melakukan perkara seperti membuang air kencing atau membuat kerosakan kerana masjid tempat beribadat kepada Allah, tempat solat dan membaca al-Quran.” Kemudian Rasulullah SAW mengarahkan seorang lelaki supaya mengambil sebaldi air untuk membasuh kawasan tempat lelaki Badwi itu kencing."


Apa perasaan korang bila ditegur dengan cara yang baik bila kita silap?? Seringkali kita sendiri tersentuh hati dengan perlakuan itu. Jadi bila kafir Harbi itu berbuat demikian,beliau meminta maaf dan korang sendiri pasti tahu permulaan yang baik mesti akan diakhiri dengan yang baik juga InsyaAllah mudah-mudahan...
Bagi aku sangat berbahaya pada aqidah kita jika tersalah tafsir Al-Quran. Kita digalakkan bertanya pada yang berilmu untuk memastikan sesuatu yang khilaf(salah,silap). Jadi tidak hairanlah mengapa orang kafir selalu sangat menggunakan ayat Al-Quran untuk mencari silap kita. Ingatlah kita telahpun dijamin bahawa Al-Quran adalah kitab yang suci dan syumul(Sempurna). Berhati-hatilah dengan kaum kafir yang selalu memberikan kata-kata yang manis dan sopan kerana mereka sendiri telah tahu kebenaran Al-Quran. Wallahualam...




Yang baik datang dariNya yang buruk datang dari hambaNya. Harap ditegur jika ada salah dan silap.