02 February 2011

Bila nak pulihkan semangat

Semua orang tak sempurna dan mempunyai kelemahan. Dari kelemahan, itulah kelebihan, tetapi tak ramai yang nampak apa yg tersirat berbanding tersurat kecuali orang buta yang kebanyakannya nampak tersirat berbanding tersurat. Apakah benar kelemahan itu sebenarnya satu kelebihan? Nak baiki diri sendiri pun bukan senang. Aku masih tertanya-tanya apakah kekurangan aku, dan aku masih tak tahu apa kelebihanku. Bila lama aku pendam makin pedih aku rasa, harap-harap bila aku dapat share sikit kat sini, akan ada orang support aku beri semangat kat aku. Sesetengah dari korang mesti ada yg terasa kan bila ada orang suruh korang sabar dengan hanya sekadar bercakap, korang mesti akan anggap "cakap senang la, cuba ko kena!". Ermm.. Nak jadi matang, kena la terima teguran dengan matang. Apa pendapat korang? Setiap teguran memang menyakitkan. Lain individu, lain caranya, yang sama hanya yang bernama manusia yg dicipta oleh tuhan semua adalah sama. Bezanya pada amalan. Kita pun tak boleh nak judge diri sendiri sebab orang yg lihat perlakuan kita. Ada juga yg bercakap tu pun lagi teruk. Nak buat camne klo yang dah bercakap pula tak guna akal, takkan nak lawan. Perkara terbaik ialah diam sambil mengucap 2 kalimah dan beristigfar sebentar dan renungkan apa tindakan yang terbaik. Ingat mati, terjagalah perlakuanmu InsyaAllah lahir rasa berpantang maut sebelum ajal, kerana setiap yang dicipta adalah yang terbaik buat hambaNya. Tuhan tidak pernah sekali menyeksa hambaNya melainkan hambaNya sendiri yang menyeksa dirinya sendiri.

Kenapa mesti ada perasaan benci? aku sedih sangat bila ada orang benci aku tapi tak bagitahu sebab. Hati susah nak dirungkai bila ada macam-macam perasaan yang bercampur. Nak selami hati yang terluka perlu banyak menggunakan mata hati dan akal. Nak baiki hati yang terluka pun perlu ada perkara yang sama. Erkk kusut...(3.50 pm, 3 feb 11) continues...

0 comments: