24 July 2012

Luahan Kecewa


Lokasi Yang Paling Banyak Kes Jenayah

Jodoh pertemuan antara utara dan selatan, akhirnya kita ditemukan di sini pada tahun 2010 yang ketika itu aku bekerja sebagai juruwang di Safeguard. Memang aku sendiri tak menyangka. Tapi masa tu kita belum rapat sebab tak kenal. Seharian juga aku terbayang wajah kau. Bak kata orang dari mata turun ke hati.


Buat pertama kalinya aku bertemu dengan kau pada 9/7/2012. Mesti agak pelik kan kenapa jarak pertemuan sangat panjang. Tak perlu la aku nak cerita sebab panjang kisahnya. Ini pun sekadar nak buat catatan kenangan lalu sebagai memori paling indah dalam hidup aku.
Malam, lampu kereta tak bukak, lagu klasik bermain sambil jalan sesak dan kata-kata kau yang jadi kenyataan kita sesat bersama di tengah bandaraya Kuala Lumpur yang mengerikan ini tambah lagi ada anjing yang melintas tiba-tiba. Aku merasakan diri kau sangat istimewa sebab aku tak pernah lagi bawak anak dara orang jalan-jalan naik kereta. Kita berborak panjang yang rasanya macam pendek sangat waktu itu. Walaupun masa singkat, tapi aku tak tahu apa yang aku borak sampai jam pun dah lewat malam. Senang hati aku bila kau ketawa dan senyum dihadapanku. Lupa segala masalah yang stresskan hidup aku. Tetapi sekarang...


Di mana dan dengan siapa lagi makhluk ciptaanya yang akan hadir dalam hidup aku untuk berkongsi mendengar luahan hati yang tak kesampaian ni..? Ya mungkin salah satu sebab kenapa aku menulis tentang perasaan ini hanyalah untuk menagih simpati yang hanya mimpi. Cukup indah masa yang aku lalui bersama kau walaupun tak sampai sehari dan kini hanya tinggal kenangan yang tak mungkin akan berulang kembali. Kenapa kau benci aku kerana sebab yang aku sendiri tiada niat nak lakukan? Kenapa kau pergi meninggalkan aku seorang diri ketika hati kecil ini mula menyayangi kau? Puas aku pujuk kau kembali, tetapi kau tak pernah nak pandang aku lagi. Berdosa sangatkah aku hanya sekadar memarahi kau kerana kau menipu aku? Aku marah kerana meminta perhatian dari kau dan bukan ingin kau jauhkan diri kau dari aku. Kau salah anggap. Kenapa mesti kau bagi alasan yang sangat menyakitkan hati aku? Aku bertambah keliru bila kau sedikitpun tak pernah ambil berat tentang aku, tapi kau cakap aku je yang rasa camtu sedangkan kau cakap memang kau selalu terfikir tentang aku. Kalau betul la kau sayang aku kenapa mesti kau lepaskan aku begitu saja? Persoalannya adakah kau betul-betul jujur dengan aku? Memang aku akui aku belum matang dengan tindakan aku mungkin kerana aku belum belajar apa itu memberikan kebebasan. Aku ni bercinta tak pandai, yang aku tahu hanya kongkong kau tapi aku dah pun beritahu kau lebih awal kalau ada apa-apa yang tak suka, silalah berterus terang dan kau hanya ikut cakap aku. Aku percaya kau dan itulah yang buat aku makin sayang pada kau. Sebenarnya kebebasan itulah yang selalu membuatkan hati ini tak senang. Aku buntu bila kau menghilang. Aku bukanlah manusia yang sangat tabah. Memang terasa sebak bila kau cakap aku ni sama macam lelaki tak guna. Aku tak pernah rasa nak lepaskan kau, mungkin percaturan hati aku ni yang dah tersilap langkah dan kau terus menganggap aku camtu. Jikalau masa boleh berpatah balik, alangkah bertuahnya hidup. Terima kasih atas pengalaman berharga ni. Aku akan sentiasa doakan kesejahteraan kau supaya berubah dari baik kepada lebih baik untuk bakal suami kau.


0 comments: