03 May 2011

Isu Negara dan...

Assalamualaikum pada muslim reader semua & tak taw lah jikalau ada pembaca non-muslim selamat sejahtera ye. Lama dah aku tak muat naik buat entri baru. Hmm... Bulan April dan Mei ni pun dah macam-macam perkara yang berlaku di sekeliling aku. Bila sebut sahaja pasal isu negara, macam biasalah, minyak naik, pendatang haram buat hal, jenayah sana-sini, rempit-rempitan dan macam-macam yang berlaku. Tapi seolah-olah tindakan yang di ambil tu macam tiada keberkesanan. Aku sebagai rakyat biasa tu macam-macam la boleh komplain. Benda yang aku respek bila baru-baru ini makin banyak ramai pihak polis buat rondaan dan sekatan jalan raya.

Inilah yang dikatakan salah satu langkah pencegahan & aku respek kalau para pihak polis bertugas tanpa meluahkan rasa penat lelah dan ikhlas dalam menjalankan kerja.

TETAPI...
Yang tersurat : Sekatan jenjalan raya yang ligat aktif giat sekarang




Yang Tersirat : Apo Nie??!!!

Bagaimana pula langkah untuk pencegahan yang ini? Aku akui memang rakyat biasa tidak mampu untuk melawan mereka. Kalau ada pun mungkin 10% je.
Aku memang benci polis (tidak semua) atas sebab-sebab yang tertentu. Contohnya menahan orang yang tak bersalah tanpa memberikan kata sapaan yang sopan (datang-datang je terus komen muka ko ni macam mat gian la rambut panjang atau bak sini ic ko). Ingat ko polis, ko bagus ke?!. Memang ada yang berlagak bagus. Ada yang makan rasuah. So tak hairan juga pihak polis yang benci budak yang naik motor kerana di mata mereka (tidak semua) yang poyo itu, penunggang motorsikal terutama muda-mudi adalah mat rempit. Aku pun tak faham lah apa masalah ni. Memang lah tugas polis memeriksa orang yang mencurigakan, tapi tak patut la pilih bulu. Apapun aku cuma respek pihak polis yang benar sahaja.


Tak lekang juga kes Dato Seri Anwar Ibrahim yang kononnya difitnah atau memang difitnah. Berdasarkan pemerhatian aku la memang beliau difitnah. Pendapat masing-masing, nilailah sendiri bagaimana kerajaan memaksa beliau bersumpah. Tapi yang hadir hanya Dato Eskay yang tak tawlah nak mention apa.

Yang Tersurat : Dato Eskay BERSUMPAH
Yang Tersirat : Betul ke bersumpah pegang kitab suci Al-Quran?

Timbul isu bid'ah dimana bersumpah dengan memegang Al-Quran. Sebenarnya tak perlu, sebab Al-Quran untuk dibaca dan ditafsir. Mana suara-suara ulama kt tv takde pun. Macam tenggelam. Kalau ada pun dekat internet, atau mungkin aku kurang update kot. haha... Macam mana lah kaum-kaum pelapis nak minat kat politik ni. Asyik masalah fitnah, tak buat kerja, fitnah bla bla bla. Bila buat kajian pun kes-kes macam ni je yang tangga teratas. Macam mana dengan rakyat?. Minyak lagi naik harga. Pening betul.


Yang Tersurat : Tuan Guru Nik Aziz Bin Nik Mat mengadakan solat Istisqa memohon hujan (Sumber Facebook)
Yang Tersirat : Kebaikan solat yang mengajar umat manusia supaya tidak lupa diri. Tengok awan mendung tu. Sejuk hati ini.

Apa-apa pun yang berlaku semua ini adalah dengan izin Allah.
Kun fayakun (maka jadilah)  (Surah Yassiin : Ayat 82). Mungkin ada hikmah disebalik semua kejadian ini kerana...

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya. (Surah Al-Hujuraat : Ayat 13)

Info : satu ayat daripada kitab suci Al-Quran boleh ditafsir sehingga 7 makna berbeza mengikut kesesuaian pada tempatnya. Sehingga kini para ahli kitab arab masih belum dapat menafsir kesemua ayat Al-Quran dengan terperinci.

Yang baik datang dariNya yang buruk datang dari hambaNya. Harap ditegur jika ada salah dan silap.

1 comments:

Afzainizam said...

tersebut dalam satu ayat al-quran yg bermaksud ....yang baik itu dari aku (Allah) yang jahat(buruk) itu dari kamu. Sesungguhnya, katakan wahai Muhammad semuanya(baik dan jahat) dari aku(Allah)....

------Salam Aidilfitri-------
semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat
buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
lepat pulut vs lonting jawa