22 July 2011

Cintaku Tak Berbalas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pada pembaca-pembaca sekalian. Dah lama rasanya tak download update entri-entri baru. Mungkin sebab aku tak update sebab bz bercinta bekerja kot. Entahlah tapi pape pun mmg topik cinta je tahun ni kerana aku masih berusaha mencari pasangan aku yg masih hilang.

Semua orang mesti pernah rasa saat cinta itu berputik (tak semua la sebab aku tahu ada juga yg memang belum pernah). Senyum seorang diri, mengigau disiang hari dan macam-macamlah perkara pelik dan kurang pelik akan berlaku saat itu.


Tidak aku nafikan indahnya dunia ini bila ada yg mencintai diri. Aku pilih lagu ni sebab ada 1 cerita antara aku dan dia. Biasanya aku kurang sket kalau bab2 layan lagu ni, tapi tah kenapa 1 melodi ni beralun untuk aku kenangkan peristiwa yg hanya tinggal kenangan. Dia baik, dia cantik, sempurna depan mata aku.

Boleh dikatakan setiap saat apabila dia menghubungi aku, aku selalu rasa bahagia. Zzzz faham-fahamla bila cinta tu berputik. Kita selalu lihat kadang-kadang ada sesetengah laman web atau poster-poster yg memaparkan ayat-ayat cinta kepada tuhan yg maha agung dan Muhammad S.A.W, tapi kenapa hati kita rasa lain berbanding kita bercinta dengan makhluk ciptaannya?

"Maha suci tuhan yang menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan diri mereka (manusia) mahupun dari apa yang tidak mereka ketahui".
(Surah Yaasin : 36)

Sebab kita akan berpasangan, dan semua dibumi berpasangan, dan pasangan yg aku maksudkan ialah pasangan hidup.


Tersurat : Errr Pasangan bahagia kottt...
Tersirat : Keagungan rasa yang telah diciptaNya dalam diri manusia
sekadar hiasan hehe...

"Dan diantara tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yg demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
(Surah Ar-Rum : 21)

Kenapa rasa sayang pada kekasih tu lain banyak dari sayang kat pencipta kita? Sebab setiap daripada kalam Allah mempunyai pelbagai maksud tersirat. Dari sini jugalah keimanan aku teruji bila aku melupakanNya saat cinta itu berputik. Subhannallah maha suci Allah yg menciptakan rasa ini untuk menguji keimanan hambanya. Aku tidaklah secekal mana yg anda korang lihat. Bila kita ada rasa gembira,sedih adalah pasangannya. Cakap pasal sedih, memang tu la mood aku sekarang ni. Memang sukar untuk menerima hakikat yg kita sendiri tidak inginkan. Kalau dah takdir kita begitu, sahutlah takdir itu dengan hati yg terbuka kerana takdir bukanlah alasan untuk berserah atau malas, akan tetapi aku tahu takdir boleh diubah kerana...

"Barangsiapa hatinya tebuka untuk berdoa, maka pintu-pintu rahmat akan dibukakan untuknya. Tidak ada permohonan yang lebih disenangi oleh Allah daripada permohonan orang yang meminta keselamatan. Sesungguhnya doa bermanfaat bagi sesuatu yang sedang terjadi dan yang belum terjadi. Dan tidak ada yang boleh menolak takdir kecuali doa, maka berpeganglah wahai hamba Allah kepada doa"
(Hadis Riwayat Imam Ahmad, At-Turmudzi dan Al-Hakim)


Tapi walau apapun berlaku rasa sayang itu tetap ada walaupun dia hanya menganggap aku kawan biasa. Susah juga nak lalui semua ni. Makan masa juga nk hilangkan ni. Ye la aku pun manusia biasa gak. Aku bersyukur sebab dalam masa yang singkat tu pun dia mampu membuat aku selalu tersenyum dan banyak mengajar aku erti bersabar. =)
Pujian aku hanya aku ikhlaskan untuk penciptanya iaitu tiada tuhan melainkan Allah.

2 comments:

Afzainizam said...

Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.

Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah, Yaitu ARTI CINTA SEJATI

------Salam Aidilfitri-------
semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat
buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
lepat pulut vs lonting jawa

Jebat said...

salam,terima kasih byk kerana memberikan sedikit nasihat,sy terharu dgn sapaan anda...semoga kita same2 dipeliharaNya dari kedengkian Syaitan yg direjam...