03 January 2012

Penangan Tahun Baru



Be Always In Happy Mood

Salam tahun baru 2012. Lama sangat aku tak muat naik update entri baru. Sekarang ni masa yang sangat sibuk untuk aku kejar demi mencari sesuap maggie rezeki. Alhamdullilah aku sudah pun bekerja sebagai pekerja perlabuhan. Biarpun kerja sangat mencabar fizikal dan mental, tanpa mood yang gembira, semua kerja sukar dilakukan. Ni pada pendapat aku la. Tak tahu la pendapat korang camne kan. Aku bersyukur bila sekarang ni semua masalah aku mula ringan. Aku gak dapat rasa bagaimana peritnya mak bapak aku mencari rezeki untuk aku membesar. Kerja memang memenatkan, kalau nak tahu esok pagi ni pun aku kena pergi kerja.

Banyak kali kita dapat rasa perasaan gembira ni dan lawannya pula sedih. Siapa yang suka sedih? Takkan ada sesiapa pun di muka bumi ini yang nakkan perasaan itu. Pernahkah kita bersyukur bila kita gembira? Tapi kita hanya tahu merintih kerana duka. Subhanallah sungguh indah perasaan gembira ini. Aku gembira kerana aku berasa gembira. Perkara itu peribadi aku. hehe... Emm berkongsi perasaan gembira ni aku telah ditemukan dengan seorang hamba Allah yang cantik selepas 2 kali aku ditolak dengan perkataan "Kita tak ada jodoh & masih ada yang lebih baik dan cantik sedang menunggu kau". Kuasa "doa" Alhamdulillah... Allah maha Adil lagi maha Pengasih. Aku gembira kerana adanya aku sudah diciptakan seorang teman biarpun sebagai seorang kawan. Aku hargai itu. Kegembiraan itu bukanlah kekal selamanya di bumi fana' ini kecuali di akhirat nanti.

Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya :
"Permudahkanlah semua urusan dan jangan menyusahkannya, berilah khabar gembira dan janganlah membuat sesuatu yang memnyebabkan orang lain lari."

-Riwayat Al-Bukhari dan Muslim-

Daripada contoh hadis di atas, bila kita menghadapi sesuatu dugaan,janganlah kita mengeluh,justeru itu akan menyebabkan keresahan kepada pelbagai pihak terutama kedua ibubapa kita. Huraian lain, Islam adalah agama yang mudah dan senang diamalkan oleh setiap golongan, oleh itu hendaklah ia dipermudahkan dan janganlah jadikan ia sebagai sesuatu bebanan.
Keterangan hadis kalau saudara saudari nak huraikan, biarlah bersama telunjuk ustaz atau ahli ulama, kerana kesilapan huraian akan menjadi sesat. Hati-hati bila menghuraikan hadis atau ayat Al-Quran.


Dari kisah aku ni aku sekali-sekala kadang-kadang terasa sebak bila setiap kali aku berasa gembira, aku sering terbayang "gembirakah orang susah yang kelaparan?", "gembirakah orang yang kematian saudara terdekatnya?". Bersyukurlah kita dengan apa yang ada ini iaitu sedikit perasaan gembira yang dihadiahkan kepada kita.

Jadi, kenapa hendak kita berasa sedih selalu? Percayalah walau sesedih mana kita sekalipun, Allah itu maha Penyayang. Dia tidak akan biarkan seorang pun hambanya sentiasa dalam kesedihan. Aku tahu ramai yang tidak mampu menanggung perasaan sedih. Kalau anda rasa sedih, alihkanlah pandanganmu ke arah langit, senyum,sedarlah dan sentiasa ingat bahawa Allah sentiasa bersamamu. Oleh kerana kita tidak mampu melihat Allah, sesungguhnya Allah sentiasa berada di mana-mana dengan bukti terciptanya segala keindahan dihadapanmu.

Ampunkan dosaku dan kedua ibubapaku ya Allah, berikanlah aku sinar keimanan yang boleh aku pegang dan akan aku sampaikan pada zuriatku satu hari nanti, permudahkanlah segala urusanku ya Allah.. Aminn..


0 comments: