11 April 2012

Luahanku Untuk Bakalku Jika Bertemu


Saya tak tahu bagaimana nak luahkan perasaan yang terpendam ni pada awak. Ianya sesuatu yang agak sukar untuk saya gambarkan kerana kita tak boleh melihat perasaan itu. Saya sangat pemalu orangnya melainkan ada diantara kita sebuah dinding yang boleh pisahkan kita. Saya tidak mudah mengalah, tetapi setiap kali kekalahan itu terlalu kerap, saya mudah putus asa dan menjadikan saya seorang yang pendiam dan suka berahsia. Mungkin awak tak tahu di sudut hati kecil ini, saya inginkan awak untuk menemani saya sepanjang masa. Apa yang saya tahu hanyalah berdiam diri dan tidak mampu nak berterus terang. Memang saya cakap, saya rela lepaskan awak. Tetapi pada hakikatnya saya tak nak kehilangan awak. Awak tak perasan itu. Bila saya banyak bertanya, saya harapkan kejujuran dari awak, bukan bermakna saya nak marah awak, tetapi hanya semata-mata untuk menambahkan keyakinan pada diri saya terhadap awak. Saya menangis dan berharap sangat awak datang untuk redakan kesedihan saya yang telah orang lain lakukan.


0 comments: