11 April 2012

Mimpiku

Rasa Hatiku Yang Tidak Boleh Diselindung


Pertama kali aku terserempak dengan kau, ketika kau sedang berbual dengan rakanku. Waktu itu amat singkat bila aku hanya memerhatikan kau hanya sekali pandang, kerana kau juga sedang beredar dalam keadaan yang tergesa-gesa. Kau umpama mawar yang cantik. Ingin aku coretkan sedikit memori yang kadang-kala membuatkan aku tersenyum sendiri pada waktu ini.

Aku terpesona denganmu sampaikan aku meminta pertolongan dari kawan aku untuk meminta nombor telefon kau. Percaya atau tidak pandangan pertamaku pada kau betul-betul membingungkan aku. Ya! aku jatuh cinta pandang pertama, tetapi hasratku tidak sampai dan kenapa pula tidak sampai?

Sudah seminggu berlalu, dan bayangan wajahmu mula pudar kerana aku hanya menunggu jawapan dari rakanku. Tiba masanya, rakanku itu memberitahuku yang kau menolak permintaanku. Aku terasa agak pilu dan kecewa kerana apa yang aku harapkan itu hanya mimpi. Agak lama juga aku mencari seorang teman yang boleh mengisi masa lapangku, dan mengambil berat tentangku serta berkongsi apa saja denganku dan engkaulah orangnya di dalam mimpiku.

Sampailah suatu hari, aku mencari kau di FACEBOOK, kita berborak antara satu sama lain,aku begitu tertarik dengan kau kerana kau selalu buat aku tersenyum dan kadangkala kau juga seorang yang kelakar membuatkan aku terasa dekat dengan kau. Kita buat perhubungan di facebook, dan rakanku yang juga rakan kau itu mula menegur aku kerana aku semakin rapat dengan kau. Masa ni aku sendiri tidak tahu orang yang aku selalu berborak ini adalah orang yang sama pernah aku mimpikan dulu.

Akhirnya barulah rakanku itu berterus-terang, mawar yang selalu ku mimpikan itu, adalah kau, insan yang aku sendiri tidak menyangka orang yang cantik itu adalah orang yang sama. Aku sendiri tidak menyangka jodoh pertemuan yang bagi aku cukup menarik dan amat bermakna dalam hidup aku, kerana aku pernah putus asa dengan kau sebab tak beri respon kepada aku, dan rakanku pula memberitahuku hal yang sebenarnya, dia memang tak pernah nak sampaikan hasratku kepada kau mungkin sebab malas ataupun cemburu. Hehehe... Dan kau pula aku tanya benarkah kau menolak permintaanku masa itu? Kau tak tahu apa-apa dan memang sah lah dia ni tak beritahu kau tentang hasratku itu kerana kau sendiri tak dapat apa-apa berita dari dia.

0 comments: